Blacklist PTPTN ? Anda jangan risau.

Salam n hi semua ๐Ÿ˜˜

Malam ni terpanggil untuk share serba sedikit berkenaan isu ptptn. Dengar PTPTN pon rasa naik menyampah kan ? Siapa yang tak suka dengar bila berkenaan hutang lagi lagi kepada yang suka travel tu. Jenuh nak memikir sama ada aku lepas atau tak dari Imigresen. Hihihi

Semakan ptptn : eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

Semakan imigresen :
sspi2.imi.gov.my/Default.aspx

Actually sis sebenarnya tak penah langsung bayar ptptn since lepas habis study tahun 2014 ...hahahaha nampak tak punya kedekut nak saving dekat ptptn sehingga la makin hari makin gatal nak travel sana sini tp dalam masa yang sama cuak jer bab nak membeli tiket flight ๐Ÿ˜‘

Dekat sini sis nak jelas kan dekat korang. Ramai yang bertanya "weh aku lepas tak ke luar negara kalau aku blacklist ? " ...sebenarnya blacklist ni banyak cabang dia. Contoh kau tak bayar pinjaman personal pon kau boleh blacklist. Ini kan pulak ptptn. Tp kan ptptn makin hari makin kejam tau. .serius kejammm !!!



Tp anda kena la bijak merancang . Jangan dah habis study jd macam sis tak bayar satu sen langsung sampai tunggakan dah dekat 5ribu ๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด ...Baru baru ni sis nak keluar negara tiba2 rasa cuak kan dengan isu dekat fb sana sini cakap tak lepas imigresen kalau ada tunggakan atau pon tak bayar ptptn. Heee terus rasa gerun cuak semua ada. Terus gatai pegi cek dekat portal ptptn
www.ptptn.gov.my ...masuk je kad pengenalan terus nampak "bakal diblacklist " ko nampak tak bakal ok bakal. .ermmm hati resah. Cek pulak imigresen nahhh ..."TIADA HALANGAN " ..tiba dalam hati cuak lagi.




Terus call kawan kerja imigresen " weh nak tnya ptptn ak sangkut tp imigresen tiada halangan" ...lalu kawan ak pon cakap jangan risau kau lepas selagi Tiada halangan. Ehhh yeke.  Terus muka happy ๐Ÿ˜œ ...happy tak happy jgk .Esok tu terus pegi ptptn pegi buat rundingan ,gigih gila nak bayar hutang. Hahaha

Selepas buat rundingan ..rupanya ada cara2 dia ye kawan kawan. Jangan risau depa tak sekejam yg kita sangkakan.  Banyk cara untuk bayar ptptn.

First step...Kalau ko tak mampu bawak la keluar Akaun kedua KWSP. Akaun kedua sis tak banyk. Baru 4ribu jer hahaha bertahun ak kerja baru ada 4ribu. Sedihhh ..biasa lah gaji sikit. Cara cara nak bawak keluar akaun kedua. Pastikan korang ada I akaun ...bila dah ada nanti pegawai ptptn tolong apply kat kau. Kalau kau nak apply sendiri pon boleh jgk . Bila kau dah apply nanti akan dapat satu message suruh kau pegi kwsp untuk thumbprint ....bawak segala details contoh ic ,transkrip dan sijil diploma ,degree or master kalau ada .haaa
Nak tunggu kelulusan permohonan tu dalam masa berapa 3 hari jer. Once kau dah thumbprint jgn risau memang dah lulus dah. Macam kes sis ni nak thumbprint tak boleh !!! So tak boleh la bawak keluar kwsp ermmm sedih. Sebabnya sijil sis tak sama dalam system .hampeh betul. ...kena la bawak keluar duit sendiri then bayar cash kat ptptn ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ semua salah management kolej .


Second step.. korang boleh buat penangguhan pembayaran jika korang sememangnya peganggur ...nak bayar dengan apa kan kalau dah tak kerja.  Pegi isi borang penangguhan pembayaran. Korang jangan senyapkan diri. Tu cara salah tu.  Korang ingat buat macam tu boleh terlepas ke dari pembayaran ? No no no ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Third step ...Buat penjadualan semula selepas korang habis belajar. Ini lah benda yg membantu sis. Setelah berunding sis bersetuju nak buat penjadualan semula ptptn sis. Bila dah buat penjadualan semula segala tunggakan korang yang beribu ribu tu jadi kosong ... Seolah olah korang baru habis belajar. Sebelum penjadualan sis kena bayar Rm153 ...selepas penjadualan sia bersetuju untuk bayar Rm185.27 sebulan. Dalam masa 180 bulan. Haaa cepat kan habis hutang ..umo 35 tahun sis dah bebas hutang. Yeyyyy ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’ ...untuk pnjadualan semula korang boleh isi borang dulu dan submit dekat mna mana pejabat ptptn. Tapi tapi tapi. ...ada syarat ! Korang kena bayar 50% daripada tunggakan korang kalau ada tunggakan 4ribu kena la bayar 2ribu dulu .


Sekarang setiap bulan sis kena konsisten bayar hutang ptptn sis.Sis nak bebas hutang seawal yang boleh. Letih weh fikir hutang dunia. Korang korang semua jangan lupa bayar ptptn. Kalau korang bayar korang pon takde hidup dalam ketakutan .Bebas kemana saja korang nak pegi. Ok sekian sis berceramah. Harap membantu..

Terima kasih pegawai ptptn Ipoh yg sudi melayan kerenah sis dan menyelesaikan masalah sis dalam masa seminggu jer. Cer ko bayang seminggu nak fly semua settle weh rasa terharu .Actually sis berhubung dengan dorang dalam Facebook jer .So kalau korang ada masalah yg sama boleh dm sis untuk๐Ÿ“ฒ  no talifon pegawai ptptn ni . Insyallah boleh diselesaikan ๐Ÿ’ฌ

1 comments:

  1. boleh bagi no pegawai ptptn tu?saya buat dekat ipoh jugak tapi contact no dah hilang - mas

    ReplyDelete