Malaysia Makeup Artist



Salam and hi korang ..

Hujung minggu macam ni korang buat ape je ???Harini  terasa diri saya tersangat lah rajin nak update blog sebabnya semua orang takde kat rumah .Hehehe  



Nah girl kat luar sana mesti masuk kedai makeup je jadi gila meroyan kan ??? Siapa la tak suka makeup lagi2 yang ada masalah kulit berjerawat,berparut,jeragat ,kulit tak sekata .Ok ...Jom harini kita tengok makeup2 yang tengah in sekarang dan saya nak share mua (Makeup Artis ) yang jadi pilihan saya kali ni .


  • LOVE BUNGA QUERIDA MAKEUP




Suka makeup mcm ni glowing ala2 barbie doll .


  • NURUL ELYA MUA 





Siapa tak kenal kak lya ..Mua fames dekat Taiping ,anak kepada pelakon bernama Hilal Azman .huhu penah sekali kena makeup dengan akak ni and dia punya makeup memang power .Tunang nak booking dia jer .Ok akak lya ada buat kelas makeup jugak .Kalau berminat boleh contact di fb beliau .



  • NURUL NABIHAN PINKJETTFUEL




Hakak segak lagi bergaya dari Aloq Staq mari ..Dah la pandai makeup ,cantik pulak .Kalau berminat boleh makeup dekat sis ni ..memang lawa habis .Kak Eiera Syaziera pon dia makeup memang flawless sangat .Kalu nak makeup sendiri kat rumah pon boleh .Boleh beli product "Bihan Girly Makeup" dalam tu ada foundation dengan beauty spray .Harga tak mahai boleh contact dia .Memang puas hati ..Nak lawa kalau kedekut baik tak payah ...kikiki #pesanan
  • IMAN SHAA 



  • ALHA ALFA



Alha Alfa nama paling top no 1 dekat Malaysia .Semua artis dia makeup termasuk lah artis favourite Uqasha Senrose .Lawa sangat ...sampai termimpi2 kawen nak dia makeupkan .Hari hari mesti stalker mua fav saya ni dekat instagram .Ada je gambar cantik2 dia upload ..Salute la dekat abang !!! Orang laki pun boleh makeup kalah perempuan tau .errmmm NAKK ABANG MAKEUP !!!!! PLEASEEE ......


Last ....Ingat kita tak reti makeup ke ??? Ok lahh letak jela gambar kita makeup sendiri .Muka sendiri pun berejam makeup macam mana la hati tu besar sangat nak jadi MUA ??? ...


Actually, kalau sy makeup sy tak suka letak blusher sebab rasa macam muka pikachu ...hehehe .Makeup ala ala Gothic look or Vampire look .Sebab tu pilih lipstik warna maroon.Sejak dua menjak ni saya kumpul lipstik saja dekat satu tupperware .

Untuk makeup look kali ni sy hanya memakai beberapa barang je.Boleh tengok list dekat bawah ni :

  1. Foundation dari Sendayu Tingi :Doll skin foundation (code too cute) code paling cerah
  2.        Bedak compact saya pakai dari Mabelline New York (bekas wana pink ) code paling cerah (beige)
  3.        Loose powder pun kena pakai untuk buang segala habuk dari bawah mata akibat dari pemakaian eyeshadow or anything lah ..Saya pakai loose powder dari Ellianto .Code tak kisah lah ikut skin korang .
  4. Untuk bagi kemas kening anda saya pakai eyebrow pencil dari sendayu tinggi .Code too dark .Saya suka beli eyebrow sendayu tinggi sebab 2 in 1 sebab ada pencil dan berus sekali .Jimat jimat :)
  5. Sharp eyeliner dariMabelline New York ..beli yang style pen tu tau so senang la nak lukis nampak kemas dan nipis jer .
  6. Celak untuk bawah mata saya pakai warna hitam .Jenama Body Shop .Mahai sikit hat ni harga sebatang RM49.90 tak silap nasib la maklong belanja .Tq maklong ...
  7. Eyeshadow ni saya beli palette .Jimat dan banyak warna .Untuk kali saya pakai warna coklat glitter dari Nars .Nak beli ni kena ikat perut .Satu pon dekat Rm100++  kalau hilang memang menangis .hehehe ..Eyeshadow ni korang boleh jugak pakai untuk shading pipi dan shading hidung ..hidung saya tak berapa mancung jadi kena shading bg elok .Harap maklum .
  8. Untuk blusher pilihan of coz la jenama Bahamama korang boleh dapatkan di Sasa shop or Sephora pon ada .Tak silap saya semua MUA pakai jenama ni sebab nampak cantik dan long lasting.
  9. ,Maskara saya pakai warna hitam dari Silky Girl .Harga sebatang Rm14.90 sahaja.
  10. Lastly dah settle semua mesti la nak pakai lipstik kat mulut ,Kalu tak nampak pucat je kan ..Untuk bibir saya .saya tak menggunakan pencil untuk melukis mulut saya .Sebab saya tak reti nak ikut bentuk bibir .Saya main hentam terus letak lipstik dengan menggunakan berus khas untuk lipstik .Lipstik kali ni saya pilih warna maroon dari Kissproff (CODE 01).Murah dan tahan lama ..jenis matte ! kalau minum air pon tak melekat kat cawan dan makan apa sahaja still maintain ur lipstik hahaha ...
  11. Penambahan sahaja untuk nampak effect lebih galak pakai contact lens .Untuk makeup kali ni saya pakai warna brown jer .Kalu nak beli contact lens ni boleh pm saya .Harga Rm60.00 sahaja .














Rindu .



Doakan semoga mama cepat sembuh .I love u mama .Kakak tahu mama kuat !