Mood Republik Tour ,Ipoh

                      Salam semua :)



Pada 6 Dec 2015,Ahad hari terakhir MRT K.L berkesempat ke event terbesar di Malaysia iaitu Mood Republik Tour yang berada di Hotel Casuarina Meru,Ipoh .Wah..ramai gila peniaga tempatan yang bukak booth dekat sana .KL sempat ke booth Rina Salleh Couture, Suci by Yat Hamzah,SBU ,Bella Luna dan Aisya Wong dengan aksesorinya ,sempat la beli brooch channel satu yang berharga Rm10.00 sahaja .




Tengok la suasana dekat MRT,walaupon hujan lebat tapi masih ramai yang datang support event nih .Tahniah buat team MRT ..KL pon berkesempatan berjumpa dengan Kak Yatt Hamzah orangnya manis,bersopan santun ,firstime jumpa dia very friendly even xbli pon dia tetap layan kami dengan baik..sempat juga try tudung Suci by Yatt Hamzah yang ada reben tu sweet  je warna dia and harga pon berpatutan 4 helai Rm100.00 je ..Kalau harga asal Rm39.00 .Keistimewaan tudung ni dia labuh dan menutup dada ,kain dia lembut dan senang nak bentuk .Paling best tak menggunakan pin .So ,tak payah susah2 nak beli pin ok .Jimat jimat :)




Belanja sikit gamba dekat booth kak yatt kita ..Thanks kak yat sudi layan kami :) Semoga Kak Yatt dimurahkan rezeki dan hidup diberkati Allah swt .Amin2. 



Seterusnya ,kami singgah ke booth Imaan Boutique .Masya Allah jubah dia cantik cantik belaka .Naik rambang mata dibuatnya..Actually teringin nak jumpa owner boutique ni tapi tak de pulak ..sob sobb ...Last but not list ,kteorg singgah ke booth Bella Luna ,dapat jumpa owner butik Kak kepada pelakon Syatilla Melvin tp xsempat bergmbo sebab dia bz melayan customer ..In love dgn blous dia cantik2 and harga pon murah2 ..

Dah letih berjalan sekitar MRT ..kami pon makan makan dulu dekat Kopitan Classic .isi perut dulu lah lapaq bercampur penat berjalan ..





KL nak wish thanks dekat sahabat bb dan qilah,sebab sudi teman ke Ipoh..You made my day friends ..
 I L.O.V.E YOU 

To my bff Mira,sorry sangat sebab terpaksa tinggal awak .Hope lepas ni parents awak izinkan kita jalan sama2 mcm ni .

So ,next time kalau ada Mood Republik lagi jangan lupa saving duit lebih ,bukan apa kalau bawak duit sikit memang tak best rasanya sebab rambang mata ,semua benda nak beli ..apa pon Mood Republic Terbaik !!!! ..insyallah lepas ni nk pegi Kl fest pulak diorg cakap mcm2 ada juai ..ehehe ..Bubyee .Assalaam :-)
















Cafe Garage 51 ,Shah Alam









Cafe Garage 51 yang terletak di subang jaya selangor ini menjanjikan kelainan yang terbaikk dari ladang untuk hangpa semua. Berkonsepkan cafe yang santai dan yang menariknya jangan terkejut jika coffee
yang anda pesan ada Mamee. Heee

Alamat :
51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, Subang Jaya Selangor

Masa Operasi :
11.00pg - 11.00mlm

No Tel :
03-5612 5618

Facebook :
https://www.facebook.com/Garage51MY/timeline




STG Spritzer Ecopark


Salam followers kak long semoga korang sihat and baik2 aje .

Malam ni nak share Cafe konsep dalam taman ..Jeng jeng jeng ... :)

STG Spritzer Ecopark

STG nama samaran kepada SABAH TEA GARDEN ..nak rasa keenakan air teh yang segar boleh datang sini .memang best selain air teh sabah banyak menu yang terdapat dalam cafe ni .Paling fames dessert dan western food dia lah *__*



Tempat yang sangat selesa ,besar dan bersih ,sangat sesuai lah nak buat birthday party or any event .
Kak long ingat nak booking untuk birthday party kak long next year .hehehe 



Spritzer Ecopark ni terletak berhampiran kilang Spritzer ! Alah yang air spritzer yang korang minum tu ? Haa ni la tempat dia siap ada cafe ,mini garden siap boleh main golf lagi .Haa menarik kan ???
Sejak2 tempat ni bukak ramai lah pengantin2 buat outdoor photoshoot dekat sini ...yela kawasan dia yang ala2 nature gitew ...




Dah alang-alang si abam bill ni datang Taiping tak tahu nak bawak jalan mana kak long bawak la dia meronda kawasan kak long lepak ..btw Thanks for drink ye Cik Mira.


 Bersama sahabat dunia akhirat ..Muaahh ciked dekat Cik Mira haishh time ni dia tengah sedih..Saja bawak dia datang sini boleh tenangkan fikiran yang kusut tu ..
 Haishh ni rupa la bila kena paksa bergambaa ....

Nak upload picture makanan tapi intenet buat hal pulak ...ok bersambung next entry :) Bubye ^__^



Sepetang bersama Encik Photographer


Salam cinta dan rindu buat semua warga blogger yang disayangi ^__^

Ada apa dengan cinta ? Macam tu jugak lah ada moment disebalik gambar puteri bertudung merah yang posing ala ala gadis ayu gitew .Hahaha over gila kak long ni .

Actually ,sis nak share beberapa orang personal photographer yang selalu ambil gambar sis , diorng ni semua kwn sis ,Tapi yeahh sis professional tau ,walaupon kadang-kadang tu cair jugak tengok Encik Photographer ni dh la ensem ,stylo ,pandai ambil gambar pulak sampai boyfriend sis pon cemburu 😝😝😝

Berbalik kepada entry kita,sis ni memang jenis yang suka bergambar sampai kadang-kadang tu nak makan pon kena ambik gambar dulu baru ngapp makanan tu .



Tengok la tu sis posing macam nak tertido dh ...hahaha .Ok gambar ni dari Roses Image .Owner dia nama Abang Lan .Abang lan ni baik orangnya ,dia ni ketegori penyabar even kadang kadang kak long ni agak cerewet sikit kalau shoot tengah panas .Tapi dia still cool bagi tunjuk ajar dan cara posing terbaik .Abang lan ni fulltime photographer kalau berminat boleh je terus direct message dia dekat Facebook :Roses Image .




Ni pulak gambar dari scandal sis hahaha ..Ali Ikbar Photography .sis suka berkerjasama dengan dia sebab dia ni senang buat berbincang ,seorang yang cool ,banyak idea yang dia share dekat sis dari tak yakin bermain dengan warna terus jadi yakin .Fulltime photographer ,pelbagai majlis dia ok jer ,janji kena booking awal biasa la diorang ni boleh kata tip top jugak dekat Taiping.
Kalau berminat boleh direct whatsapp dia +60134143182 or direct message dekat 



Ini photographer yang memang kak long akan booking kalau sis kawen nanti AzimAbu.Co .Kenapa sis suka dengan gambar dia ?? sebab tone dia ala2 english style ,kalau tengok rasa sedap mata memandang .Yeahh sis memang suka gaya ala2 vintage style ni .So, kalau korang dah terpikat dengan gambar gambar sis sila booking cepat cepat hokey ??? AzimAbu.Co dia sanggup travel demi customer janji dapat moment terbaik dalam hidup diorang .Klau berminat juga boleh direct whatsapp : +60179569943 or direct ke
 Facebook  :Azimabu.Co 


Seterusnya ,Sakura Click Photography .Abam syafiq ni suka ala2 nature gitew so jangan pulak korang marah dia kalau dia bawak korang masuk semak semun untuk amik gambar .Abam syafiq ni very friendly ,Buat peminat tone color terang terang boleh booking dia cepat cepat sebab harga memang dh berbaloi2 dah . For more boleh whatsapp dia +60135598662 OR direct ke 



Raja Faten Photography .
Photographer perempua satu satunya .So girl out there kalau berminat nak jadi freelance talent boleh direct facebook adik ni sebab dia memang suka amik gambar but Girl Only ! 



















Travelog : Penang Island

Salam rindu dan sayang buat warga blogger sekalian..

Dekat sebulan sis menyepi bukan merajuk dengan korang tapi sebab sibuk dengan hal kerja dan aktiviti mencari prospek .HAHAHA ..

Haa ...siapa dekat sini yang belum ada Medical Card or Insurance tu sila sila lah komen dekat bawah ni mana tahu ada yang nak pegi berjalan kena ada insurance nyawa mana la tahu kot kot terjatuh ke sebab terlampau excited nak pegi makan angin .

Ok la ,dipendekkan cerita sebulan yang lepas sis dengan kawan-kawan  plan nak buat jelajah ke Pulau Pinang 2 hari 1 malam .Ikutkan hati macam boring je Penang ni sebab bukan apa sis buat kerja pon dekat penang,shopping pon dekat situ inikan pulak nak bercuti dalam pulau tu jugak .Tapi disebabkan Mek Kelantan tu over excited tak pernah naik ferry so,sis pon turutkan kemahuan diorang ni .


Kasi chance la kami bergambar dulu sebelum naik ferry ..lama benor tunggu ferry dekat sejam lebih dalam kereta so kami pon selfie2 duluan .Hahaha * Over !

Actually,kitaorang plan nak pegi berenam tapi yang tinggal hanya berempat tapi takpe teruskan jugak short vacay kali ni .


Macam biasa bila dh masuk pulau benda first mesti la cari kedai makan .Disebabkan diorang ni asyik jeles je bila sis datang Penang makan Nasik Beriyani so kak long pon bawak la diorang test test dekat Restoran Kapitan dekat lebuh chulia, landmark Nasik Kandar Line Clear .Haa sedapp baq hang ! Puas hati 1 Set sekali air baru Rm15.00 kalau tak silap .

Dah makan kenyang kami jalan-jalan sekitar Padang Kota amik angin petang-petang dah sampai pun petang kan .Biasalah Penang ! Kalau tak jem tu bukan Penang lah orang kata #huhuhu ...


Huuuu....makan petang kami .Kalau datang Penang tak pekena Pasembor hampa memang rugi besaq ! Tapi pasembor dekat sini mahai gila ..kami nak pilih pon takut takut kang ada yang sampai Rm50.00 sepinggan .Tapi kali ni sis dh expert memilih jeng jeng jeng sepinggan ni baru Rm25.00 .

Next -------) Badan pun dah lunyai sehari suntuk berjalan dengan tak mandi hahaha bau pon naik masham dh .Baru fikir nak cari Hotel .Tu lah bila suruh booking awal2 takut tak jadi lah apa sekarang dah satu hal nak cari Hotel .Nasib la ada Trivago ! Cari punya cari then dapat la Check in dekat Eastern Hotel,Penang ! Keliaa baq hang .



Jeng jeng jeng ni lah bilik tidur kami .Awal-awal lagi sis dh booking katil dekat belakang tu jangan sapa kaco nak himpit2 yaa ! Selfie satu kali dengan Mak Buyung ni Mek Ecah.


Dah habis round Queensbay Mall and Gurney Plaza .Perut pulak lapaq kawan ajak makan-makan dekat Restoran Seafood ,Bayan Lepas .Punya jauh cari seafood ini kedai makan siam .Makanan dia not bad lah tapi tunggu makanan berejam naik feed up !

Hari Kedua


Seawal jam 6pagi  sis dah tersedar ,diorang ni sedap lagi tidur haa ..Tersedar pon sebab dengar bunyi Azan mana la nak cari Hotel yang dekat dengan masjid .Terus bangun ,mandi ..kejut kawan cakap nak g jogging ! Nasib la kasut sport tu memang dok ada dalam bonet kereta .


Street Art Penang


Pagi-pagi dah try Ais Kepal ! Rasa rugi kalau tak cuba dekat Taiping xde jual 😂😂

__MY OWN CAFE __



 Asam Laksa ,Baba Nyonya 




Kuih tradisi baba dan nyonya 



   Owner Cafe ( My Own Cafe) 
 #TripAdvisor2015




Naik basikal pusing penang 




Nak bergambar kena set timer kalau tak xdapat la bergambar berempat .


Sebelum bertolak balik sempat singgah Jeruk Pak Ali dekat Seberang Jaya sempat la memborong jeruk untuk dibawa pulang .Harap tahun depan kita berjumpa lagi  ..I mis you all ! Nak menitik air mata pulak tengok gambar gambar #throwback ni .Harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila 😋😋😋