Travelog :Trip to Universal Studio Singapore

Salam korang semua ..

Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan Febuari.

Kesempatan ini, sis nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua frend kak long yang beragama Buddha .


Sempena cuti "CHINESE NEW YEAR" yang lalu,kak long dengan aten kawan masa kolej dulu planning nak pegi bandar bersih dekat dunia .Jeng jeng jeng ...Singapore here we go ....!!!!

Alhamdulilah apa yang dirancang berjalan dengan lancar dengan berbekalkan 3hari 2 malam di Tune Hotel Danga Bay.Johor Bharu kami dapat lengkapkan percutian kami kali ni .Thanks dekat azim asri @tunang aten yang bersusah payah hantar kami dari Ipoh ke Johor Bharu .

Segala itinerary perjalanan kami ,kak long sendiri yang buat .Dari booking hotel,perjalanan semua kak long sediakan dan percutian kali ni dinamakan bagpacker @percutian jimat .Hanya berbekalkan Rm340 sahaja kami dapat terbang ke negara Singapore ! Yey we did it ....

Day 1 ....Check in & Free and Easy Act.


Disini lah tempat kami menginap selama 3hari 2 malam .Overall hotel ni not bad la nama pon nak jimat so ni lah antara yang paling jimat .Ada TV,24hours Air con + Free Wifi ,Free Parking .


1st day aktiviti kami free and easy nasib ada tunang aten dia bawak kami jalan2 sekitar Joho .We are here Bakar bakar Steamboat and Grill .Kedai ni sesuai la nak lepak malam2 berdekatan dengan kedai lazat cafe dekat je dengan Radiusite JB .Kalu naik kereta dalam 10min dah sampai .Hidangan ala2 buffet hanya Rm46 /pax .Thanks Azim belanja kiteorang ,Semoga rezeki awak bertambah .

Perut dah kenyang kami pon merayap sekitar bandaraya Joho ,Bestnya bandar ni dh la bersih cantik dengan kilauan lampu2 disetiap jalan .Kami sempat lah singgah"Pasar Karat " dekat je dengan Marina Danga Bay.dekat dengan bulatan jam besar tu haa ...dh la berhadapan laut ,Angin sepoi2 bahasa jer nampak lautan tambak Joho .Dah puas berjalan kami lepak dekat "The Crown "berhadapan Istana ,dekat sana ramai budak2 main roller blade. 

Day 2: Jejalah Singapore 


Seawal jam 5 pagi kami dah mula bangun & bersiap . Selesai solat subuh kami breakfast roti gardenia jer lapik perut .Sebab dekat dalam singapore tu dah mula pakai dollar $ ye .So kami makan ringan2 jer kang letih pulak nak jalan dalam tu .Dah settle semua kami turun 7.15 pagi tunggu bas dekat Lobby Hotel.Bas kami sharp 7.15 Pagi dah sampai dekat pintu masuk hotel .Kami isi white card ,check pasport semua dh lengkap boleh bertolak ke JB Sentral untuk scan pasport dekat sana .

Sampai je dekat JB Sentral terus kami ke imigresen Joho-Malaysia untuk scan .Dekat situ tak susah pon uolls just scan pasport letak je dekat tempat pasport tu then tunggu instruction dia .Awak just follow je apa yang dia suruh buat,cap jari then settle .Saya risau sangat dekat kawan saya tu sebab dia first time international .So saya sedikit risau kot2 dia tak tahu saya just tunggu dekat luar luar tu smbil perhati gelagat dia .hehehe ....



Dah settle part imigresen joho kami terus ke Platform A cari bas dekat bawah tu ...teruskan perjalanan ke Woodland Checkpoint Singapore .Heahhh we are here !!! Singapore dah weh ! Line fon serta merta betukar StarHub ...hehehe ...We 're Excited .Dah sampai sini mcm biasa korang kena cop pasport and white card korang .Dekat sini ramai gila orang jangan tersesat sudah la .Tapi tak susah pon just follow de flow je .Nak jadikan cerita pagi2 kak long dah kena interview dengan Pegawai Imigeresen tu mcm2 soalan dia tanya mcm tak nak bagi lepas jer .At least lepas jugak saja je dia buat kita cuak tau ..Dah lepas semua saya terus ke check luggage semua .Kak long tak bawak ape pon just scan handbag and ada paper bag makanan jer ..hihihi ..Settle semua terus turun bawah cari bas ,kami teruskan perjalanan ke USS (Universal Studio Singapore )



Mula2 kitaorang ingat dah masuk je singapore terus la jumpa USS tu sekali perjalanan nak ke Sentosa Resort World pon ambil masa dekat 20min dengan jalan jems lagi .Tapi serius bandaraya ni sangat2 lah bersih mcm apa yang orang berkatakan ..Sebutir sampah pon tak nampak dekat jalanraya diorang,Sangat2 bersih !!!! Tak tipu !!! ...Tengok la teksi diorang cantik dan mewah .Nak naik pon takut tau .Bukan takut ape ? takut kena cas mahal jer hihi ...Dari segi jalan raya diorang sangat2 lah cantik takde langsung jalan berlubang ..Dari segi keselamatan sangat2 lah terbaik ..Banyak trafic light yang penting rakyat singa putih ni berhemah je bawak kenderaan tu tak de pon bunyi hon sana sini .I loikee !!!! Terpasang angan2 nak stay negara singa putih .


Next >>>> Sembang punya sembang kita orang pon dah sampai ke Underground Universal Studio Singapore rasa macam mimpi je we all dah sampai hehehe ... Seriusly we all tak sabar nak take picture dekat bola besar yang ada lambang "UNIVERSAL STUDIO " hahahaha
we all rasa tu je sign paling mahai bila dekat sini :)


Akhirnya, mimpi we all menjadi realiti ..Allah je tahu masa ni kami punya excited mengalahkan budak-budak .Dah sampai dekat Entrance USS .We all jadi jakun ,weh kita nak masuk mana dulu nih .Ya Allah macam tak cukup je masa kita dekat dalam ni .Tapi kami bijak membahagikan masa ,kami terus amik map untuk memudahkan perjalanan kami dekat dalam tu .Kami dah buat minute2 masa yang terhad untuk timing makan,minum,shopping dan jalan2 dalam tu .

Untuk Gambar boleh clik sini  >>>> Universal Studio Singapore .


Day3: Check Out & Back to Taiping


Semalaman letih pusing2 bandar Singa Putih sampai penat tu pun tak hilang lagi ,tiba masa kami pulang ke tempat masing-masing .Nasib ada kawan dekat Joho ni dia la yang bawak pegi beli tiket bas,bawak pegi makan semua .Yela we all tak prepair langsung tiket nak balik ingat nak stay sehari lagi dekat Jb tapi ada hal kerja yang jauh lagi penting ..Thanks Apiss .Kenal apis ni dkt facebook je nasib la orang dia baik2 and boleh dipercayai .


Dah settle beli tiket,bas Larkin ke Taiping pukul 10.30 Pagi dalam 8 jam jugak la perjalanan kami .Naik keras la punggung dalam bas .Alhamdulilah ,jam 7 malam k long dah sampai rumah .Insyallah ada rezeki dan panjang umur k.long nak ke next destination "Bali or Lombok " ...Teringin pulak nak menjejakkan kaki ke Indon ..hehehehe .

Orite .Salam sayang buat semua ..Terima kasih sudi membaca coretan yang tak seberapa ni boleh la buat guideline untuk percutian jimat korang ...Gudnite . Assalamuikum wbt :)