Abselling Sg Pisang Waterfall 2.0

Salam and hi semuaa 😘


Cuti CNY tahun ni sis beraya dalam hutan bersama group kazoku ..tak sangka pulak chief group ni kawan skolah rendah sis . 

Actually sis ternampak iklan abselling ni dekat group facebook hiking and camping around malaysia. Sis join group ni pon sebab nak tambah kawan untuk outdoor aktiviti memandangkan sis memang malas nak bt aktiviti sukan kalau sorang2 ye. So kalau ada geng mcm enjoy sikit lar. 

Group kazoku tu open 2trip untuk cny ..which is 27hb and 28hb Jan 2017 ..tapi sis and 3orang lagi kawan sis nak join 28hb tu ...bayaran dikenakan setiap seorang adalah Rm30 include bbq and snack ...roti and air kotak for brakfast.  Kira ok la kan ? Not bad 

So..first aktiviti berkumpul dekat sg pisang gombak then terus briefing and ada buat senaman ringan .


Ni group kteorang.  Banyak group tw dekat sini.  So jgn salah group ye.  πŸ˜œ

Berjalan masuk ke dalam hutan hampir 40min ..then keluar ternampak highway bentong ...sambil jalan tu semua kereta hon kteorg. Hahaha pastikan bawak cap ok cuaca sgt panas lepas keluar dari hutan


Ni baru first level ada lg 3level ye ..jumpa terowong dulu then kena naik tangga keluar dari terowong ni .seronok kteorg lain air longkang highway 😜....


Level 2 dah keluar dari highway baru nampak matahari. 🌻teruskan perjalanan kurang 20 min nak sampai checkpoint ..

 Tapak dimana kita orang dah booking ..sementara tunggu nak habiskan water abselling boleh rehat dekat tapak khemah ni . .sementara tu kteorg bt bbq


Masa ni hujan lebat ..air kuat lagi. 


Jangan cakap banyak masa ni sis 50/50 je nak bt bila tengok geng pmpuan terjerit2 ..confident level semakin menurun. Tp sis kental jgk try buat abselling sampai habis ,masa dekat atas tu air termasuk dlm mata sis. Sis dah ilang fokus nak pegang tali ...tangan sis terlpas dr tali keselamatan tu.  Nasib sempat capai balik.  


Lagi dua orang kawan sis tu boleh tak bt then gelakkan sis. Hahahaha 
Thanks roro selamatkan yana. 

Cuma nak cakap cukuplah sekali sis buat aktiviti camni . At least kalau orang tanya penah pegi ke sg pisang. Ko dh ada jawapan.  Tu je motif yg sis nak sampaikan. Tp sis memang xde masalah dengan ketinggian. Cuma masalah confident tu jd menurun bila salah sorang bt mood sis spoil. Hihihi


Tak kenal maka tak cinta kan.   
Thanks kak ifa tumpangkan yana beberapa hari.  Next ....entry tadom hills with bff 😘😘😘😘

Byeeee πŸš—












0 comments:

Post a Comment