Cara tukar Widget ataupon Font pada Blog

Dalam post kali ini sis kan tunjukan bagaimana hendak meletakkan gadget pada blog anda yang membolehkan pengunjung memilih jenis teks/bentuk tulisan dan saiz yang ingin lihat didalam blog.
tukar font blog
Tip pada kali ini  adalah bagi membolehkan pengunjung mengawal blog bagaimana paparan tulisan yang ingin mereka tampilkan.Antara sebab meletakkan gadget ini ialah bagi membolehkan pengunjung lebih selesa ketika membacanya.

Bagaimanakah cara hendak membuatnya?.
Berikut adalah cara untuk meletakkan pada blog anda
1.Klik pada Design dan pilih Page element--Add a gadget
2.Pilih Java Script/HTML

dan masukkan kod dibawah ini.


<script>
function go1(){
if (document.selecter2.select2.options
[document.selecter2.select2.selectedIndex].value != "none") {
document.getElementById('main').style.fontSize
=document.selecter2.select2.options
[document.selecter2.select2.selectedIndex].value
}
}

function go2(){
if (document.selecter2.select3.options
[document.selecter2.select3.selectedIndex].value != "none") {
document.getElementById('main').style.fontFamily
=document.selecter2.select3.options
[document.selecter2.select3.selectedIndex].value
}
}
</script>
<form id="forma" name="selecter2" method="POST">

<select onchange="go2()" style="font-family:verdana;font-size:8pt" name="select3" size="1">
<option value="Times New Roman"/>Times New Roman
<option value="Arial"/>Arial
<option selected value="Book Antiqua"/>Book Antiqua
<option value="Bookman Old Style"/>Bookman Old Style
<option value="Century Gothic"/>Century Gothic
<option value="Comic Sans Ms"/>Comic Sans Ms
<option value="Tahoma"/>Tahoma
<option selected value="Trebuchet Ms"//>Trebuchet Ms
<option value="Verdana"/>Verdana
</select>
<select onchange="go1()" style="font-family:verdana;font-size:8pt" name="select2" size="1">
<option value="8px"/>8
<option value="9px"/>9
<option value="10px"/>10
<option value="11px"/>11
<option selected value="12px"/>12
<option value="14px"/>14
<option value="16px"/>16
<option value="18px"/>18
</select></form>
3.Kemudian save template anda.


"Selamat Mencuba"

Tips Jimat Berbelanja Barang Kahwin


1# Rancang & Catat

Untuk barang-barang hantaran @ majlis perkahwinan seharusnya dah dari awal kita rancang dan catat apa barang yang diperlukan untuk majlis nanti. Hal ini lebih menyenangkan kita untuk meneliti setiap barang keperluan sama ada mencukupi ataupun tidak.
Contohnya barang keperluan untuk Hari Pernikahan, seperti hantaran atau pun barang keperluan Majlis Resepsi. Catat dan asingkan mengikut bahagian agar lebih menyenangkan kita untuk membelinya nanti.

2# Tentukan Bajet Setiap Keperluan

Hal ini sangat penting. Menentukan bajet setiap barangan atau keperluan adalah sangat penting agar kita dapat berjimat-cermat semasa  pembelian. Selepas mengagihkan barangang @ keperluan yang hendak dibeli tentukan terus bajet yang diperuntukan. Ia sekaligus memudahkan kita untuk menyimpan terus jumlah perbelanjaan setiap barangan.
Dan bila dah ada bajet setiap barangan ia lagi memudahkan kita untuk mencari atau membeli barangan tersebut mengikut harga yang ditetapkan. Contohnya bajet kita untuk tempahan pelamin RM 2000 dan semestinya kita akan cari @ “survey” pelamin yang harganya RM2000 ke bawah. Bila sesuai dengan bajet dan menepati citarasa hati kita, kita akan menempah pelamin tersebut, jadi kita ada sasaran disitu. Jelas kan? Tentukan Bajet Anda dari sekarang.
Image result for pelamin

3# Asingkan Duit Mengikut Keperluan

Dah ada Bajet? Okay bila dah ada bajet untuk setiap barangan asingkan terus duit anda. Sis pasti sebelum anda semua membeli sesuatu barang anda akan cari @ survey harga yang lebih murah kan? Jadi bila dah tentukan bajet asing siap-siap duit untuk barang keperluan tersebut.
Contoh nya bajet untuk membuat Kad Jemputan sebanyak RM 200. Cari Kad Jemputan yang menepati citarasa anda yang berharga tidak lebih daripada bajet yang anda tentukan. Simpan terus dalam sampul dan tulis siap-siap untuk “Perbelanjaan Kad Jemputan”. Jadi kita nampak duit keluar, tak ada lah berlaku pembaziran kan. Asing siap-siap macam dalam gambar dekat atas. Guna je lah sampul raya lepas tu Hehe


Image result for deco hantaran

4# Belanja Sebulan Satu

Belanja sebulan satu? Mesti ada yang kurang faham kan? Okay Belanja Sebulan Satu yang sis maksudkan kat sini adalah untuk barangan yang besar-besar kita boleh agihkan. Iaitu buat pembelian setiap bulan hanya satu barang sahaja.Contoh start membeli barang dari Bulan April sehingga la tiba hari pernikahan .Means sebelum November jika majlis tersebut bulan November :) Clear tak penjelasan sis ....
Apabila dah agih bajet tentukan pulak bulan ini nak beli apa dulu. Contohnya barang hantaran untuk pengantin Perempuan ada 5 barang yang perlu kita beli. Bila dah ada persiapan awal, tentukan untuk beli apa dulu. Contoh bulan ini beli Jam dahulu, bulan depan beli Telekung, bulan depan beli kasut dan bulan-bulan seterusnya beli yang lain. Ia sangat membantu menjimatkan kos perbelanjaan kita pada bulan tersebut.

tips-jimat-checklist

5# Senaraikan Barangan Yang Hendak DiBeli

Buat “Checklist” sebelum keluar membeli barang. Dah catat semua barang keperluan untuk Majlis nanti kan? Okay sebelum nak keluar untuk mencari atau membeli barang keperluan tersebut buat senarai barang apa yang hendak dibeli pada hari tersebut. Tips yang ini sangat-sangat membantu daripada pembaziran.
Kalau diperhatikan beli barang tanpa checklist” selalu tersasar dari jalannya. Hihiks realiti okay. Macam Sofea pun kalau ada “checklist” barangan nak beli barang senang jea dan memang tak “ter” beli barang lain. Sebab kita ada tujuan apa yang nak dibeli. Tapi kalau keluar tanpa sebarang “checklist” barangan kadang-kadang ada barang yang terlupa dan selalu terbeli barang yang tak perlu. Rugi ๐Ÿ™
Image result for duit

6# Simpan Baki

Tips yang ini ramai yang kurang peduli dan ada yang tak peduli. Ingat kan? Kita dah peruntukkan bajet untuk setipa barang kalau barang yang kita beli harganya lebih murah daripada bajet yang kita dah simpan siap-siap tu. Mesti ada baki kan? Okay baki tolong simpan  ๐Ÿ™‚
Sebab kenapa kena simpan? Ia lebih mudah kita nak kira atau tengok balik jumlah perbelanjaan kita. Dari situ kita boleh kira-kira jumlah perbelanjaan dan duit yang keluar. Simpan baki perbelanjaan juga akan mengelakkan kita daripada melakukan pembaziran. Contohnya bajet yang dibekalkan RM 300 tapi barang yang kita dapat beli hanya RM 180 ada baki RM 120. Banyak kan? Kalau kita simpan boleh topup untuk belanja barang keperluan lain.
Yang terakhir, bila kita dah ada tujuan nak beli barang untuk Majlis nanti. Cuba elak daripada membeli barangan yang kurang penting buat masa ini. Tahan lah nafsu sikit, nak jimat kan? Jadi selamat mencuba ya semua . Pembaziran itu amalan syaitan. Cuba ubah dari sekarang.


Tips Memilih Kad Kahwin Murah

Salam Semua✋
Untuk bakal-bakal Raja Sehari sekalian. Bulan puasa tinggal berapa bulan je lagi, dan yang pasti lepas je Raya nanti akan beratur lah Kad Undangan Majlis Perkahwinan dekat rumah. Hihi Tak caya? Kita tengok je nanti ok 
Untuk kali ni sis nak kongsikan beberapa tips sebelum pergi tempah Kad Kahwin. Jangan pandang remeh tau sebab kalau salah beli atau lambat memang celaru majlis nanti. Jenuh nak jemput manual tanpa kad kahwin  ๐Ÿ˜†

Tips Memilih Kad Kahwin

1. Catat Jumlah Tetamu

Buat persiapan awal-awal sebelum tempah Kad Kahwin, catat semua jumlah jemputan yang kita nak undang. Kerana ia lebih memudahkan tugas kita masa nak tempah kad nanti. Dam mampu mengelakkan pembaziran. Contoh : Tetamu yang hendak diundang hanya 1000 orang tapi tempah kad terlebih kan rugi dekat situ. Sebabnya harga kad berbeza mengikut kuantiti. Take note ya ๐Ÿ˜‰ So ,sis akan tempah 300 keping kad kahwin untuk majlis sis akan datang ...

2. Tentukan Bajet Untuk Kad Undangan

Sekarang terlalu banyak pilihan tempat untuk kita tempah Kad Kahwin. Siap2 tentukan bajet untuk belian Kad Kahwin. Jadi lebih mudah cari yang bersesuaian dengan bajet nanti. Siap siap tentukan bajet okay ๐Ÿ˜‰ Nak berjimat jangan pilih yang lebih dari bajet ya. Untuk kad kahwin bajet sis sangat la murah ..hanya Rm200 sahaja ..kalau dapat lagi murah dari tu lagi berbaloi dan jimat kan kengkawan ????

3. Survey Sebelum Menempah

Tips yang ni biasa dah buat kan? Tapi jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yg diberikan. Sebab biasanya harga set memang dikira termasuk harga yang Free Gift tu. Hehe nak jimat betul-betul survey dulu betul-betul ok ๐Ÿ˜‰ Banyak sangat pilihan tak kira online atau offline. Bandingkan harga dan pilih mengikut citarasa anda masing-masing. 

4. Test Servis & Layanan Semasa Hendak Menempah

Cuba test servis mereka, sebab kadang-kadang ada yang murah tapi servis lambat. Sampai 2 bulan lebih baru dapat tempahan. Kalau majlis lama lagi tak ada masalah nak-nak majlis bulan depan tapi kad tak dapat-dapat lagi. Nangis kak oi  ๐Ÿ˜ฅ

5. Pastikan Trust Seller Jika Tempahan Secara Online

Related image
Pastikan kita tempah dengan betul-betul trust seller yang membuat Servis Tempahan Kad Kahwin ya. Sebab biasanya bila dah tempah kita kena buat bayaran pendahuluan. Tak mahu lah kita kena tipu atau sebagainya. Check dulu betul-betul ya ๐Ÿ˜‰ Untuk kad kahwin sis menempah secara Online di Facebook .Pernah dengar Kad Kahwin King ? Sis tengok review difacebook sangat memuaskan dan agak murah berbanding dikedai .So sis ambik pakej 300 keping kad kahwin ..Siap dapat free gift lagi  (Banner,Penunjuk arah,free postage,free sampul  dan props untuk photobooth 

Sis harap dapat bantu kawan-kawan lain sebelum tempah Kad Kawin. Nampak ringkas tips2 ni tapi kalau terlepas pandang memang menyesal dikemudian hari. Buat yang memang ada bajet lebih tak kisah sangat bab tips bajet tu tapi yang bajet rendah.


Bagi sis menempah Online lebih memuaskan daripada cari sendiri. Sebabnya kita tak perlu membazir waktu untuk mencari kedai dan kadang2 service mereka agak mahal sedikit .Tempah dengan syarikat yang servis & kualitinya bagus baru lah seronok .
♥ HARGA MURAH
♥ BAHAN BERKUALITI
♥ SERVIS CEPAT & TERBAIK
Bride to be semua dah tempah Kad Kahwin ke belum? Kalau belum boleh survey-survey Kad Kahwin di Kad Kahwin King
Apa-apa pun pastikan buat pilihan bijak ya, take note tips-tips yang sis kongsikan. Selamat Menempuhi Hidup Baru buat pasangan Raja Sehari semua  ๐Ÿ˜‰ Semoga segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin


Kursus Kahwin

Salam semua ๐Ÿ˜˜

⏰25Mac -26Mac2017

Since my last post berkenaan Bajet Bertunang ...harini sis ada sedikit masa untuk share berkenaan kursus kahwin .
Yuppp ...kursus kahwin ! Korang yang nak kahwin WAJIB ambil tau.  ..hihihi

Mengapa korang wajib ambik Kursus Pra Perkahwinan?

Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi hendak tak hendak anda perlu menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna anda tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.


Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda.
Kalau dah namanya kursus, majoriti akan menganggap ianya bosan. Majoriti pula beranggapan sebaliknya setelah tamat kursus. Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana kita akan diajar akan apakah tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai “refresh” tentang apa yang dah dipelajari dalam Pendidikan Islam semasa alam persekolahan dahulu. Selain itu, kita juga akan diajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.

Kursus kahwin ni taklah bosan seperti yang difikirkan kerana penceramah-penceramah yang dijemput sangat memahami keadaan peserta malah sering diselitkan  dengan lawak jenaka dalam ceramah-ceramah berinfomasi yang disampaikan.

Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus kahwin ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Jika korang ingin berumahtangga, atau sekiranya korg ingin mengikuti kursus kahwin ini. Daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal jika diambil awal, sebab anda tetap perlu manjalaninya melainkan anda hendak membujang sampai ketua.





Sis booking untuk kursus pra perkahwinan dalam whatsapp je.Bagi Area Taiping/Kemunting boleh buat dekat Kursus Kahwin Taiping bersebelahan Aeon Mall Taiping. Atas bangunan Seng Heng. Untuk pendaftaran kursus dikenakan cas berharga Rm100.00 setiap orang termasuklah 4kali makan dan buku panduan serta sijil .

Tempat yang sangat selesa dilengkapi tandas dan ruang solat bagi lelaki dan perempuan. Rasanya cukup pengisian untuk harini. .selamat membaca ..Nantikan next entry berkenaan Tips memilih Kad Kahwin ๐Ÿ‘‡








Blacklist PTPTN ? Anda jangan risau.

Salam n hi semua ๐Ÿ˜˜

Malam ni terpanggil untuk share serba sedikit berkenaan isu ptptn. Dengar PTPTN pon rasa naik menyampah kan ? Siapa yang tak suka dengar bila berkenaan hutang lagi lagi kepada yang suka travel tu. Jenuh nak memikir sama ada aku lepas atau tak dari Imigresen. Hihihi

Semakan ptptn : eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

Semakan imigresen :
sspi2.imi.gov.my/Default.aspx

Actually sis sebenarnya tak penah langsung bayar ptptn since lepas habis study tahun 2014 ...hahahaha nampak tak punya kedekut nak saving dekat ptptn sehingga la makin hari makin gatal nak travel sana sini tp dalam masa yang sama cuak jer bab nak membeli tiket flight ๐Ÿ˜‘

Dekat sini sis nak jelas kan dekat korang. Ramai yang bertanya "weh aku lepas tak ke luar negara kalau aku blacklist ? " ...sebenarnya blacklist ni banyak cabang dia. Contoh kau tak bayar pinjaman personal pon kau boleh blacklist. Ini kan pulak ptptn. Tp kan ptptn makin hari makin kejam tau. .serius kejammm !!!



Tp anda kena la bijak merancang . Jangan dah habis study jd macam sis tak bayar satu sen langsung sampai tunggakan dah dekat 5ribu ๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด ...Baru baru ni sis nak keluar negara tiba2 rasa cuak kan dengan isu dekat fb sana sini cakap tak lepas imigresen kalau ada tunggakan atau pon tak bayar ptptn. Heee terus rasa gerun cuak semua ada. Terus gatai pegi cek dekat portal ptptn
www.ptptn.gov.my ...masuk je kad pengenalan terus nampak "bakal diblacklist " ko nampak tak bakal ok bakal. .ermmm hati resah. Cek pulak imigresen nahhh ..."TIADA HALANGAN " ..tiba dalam hati cuak lagi.




Terus call kawan kerja imigresen " weh nak tnya ptptn ak sangkut tp imigresen tiada halangan" ...lalu kawan ak pon cakap jangan risau kau lepas selagi Tiada halangan. Ehhh yeke.  Terus muka happy ๐Ÿ˜œ ...happy tak happy jgk .Esok tu terus pegi ptptn pegi buat rundingan ,gigih gila nak bayar hutang. Hahaha

Selepas buat rundingan ..rupanya ada cara2 dia ye kawan kawan. Jangan risau depa tak sekejam yg kita sangkakan.  Banyk cara untuk bayar ptptn.

First step...Kalau ko tak mampu bawak la keluar Akaun kedua KWSP. Akaun kedua sis tak banyk. Baru 4ribu jer hahaha bertahun ak kerja baru ada 4ribu. Sedihhh ..biasa lah gaji sikit. Cara cara nak bawak keluar akaun kedua. Pastikan korang ada I akaun ...bila dah ada nanti pegawai ptptn tolong apply kat kau. Kalau kau nak apply sendiri pon boleh jgk . Bila kau dah apply nanti akan dapat satu message suruh kau pegi kwsp untuk thumbprint ....bawak segala details contoh ic ,transkrip dan sijil diploma ,degree or master kalau ada .haaa
Nak tunggu kelulusan permohonan tu dalam masa berapa 3 hari jer. Once kau dah thumbprint jgn risau memang dah lulus dah. Macam kes sis ni nak thumbprint tak boleh !!! So tak boleh la bawak keluar kwsp ermmm sedih. Sebabnya sijil sis tak sama dalam system .hampeh betul. ...kena la bawak keluar duit sendiri then bayar cash kat ptptn ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ semua salah management kolej .


Second step.. korang boleh buat penangguhan pembayaran jika korang sememangnya peganggur ...nak bayar dengan apa kan kalau dah tak kerja.  Pegi isi borang penangguhan pembayaran. Korang jangan senyapkan diri. Tu cara salah tu.  Korang ingat buat macam tu boleh terlepas ke dari pembayaran ? No no no ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Third step ...Buat penjadualan semula selepas korang habis belajar. Ini lah benda yg membantu sis. Setelah berunding sis bersetuju nak buat penjadualan semula ptptn sis. Bila dah buat penjadualan semula segala tunggakan korang yang beribu ribu tu jadi kosong ... Seolah olah korang baru habis belajar. Sebelum penjadualan sis kena bayar Rm153 ...selepas penjadualan sia bersetuju untuk bayar Rm185.27 sebulan. Dalam masa 180 bulan. Haaa cepat kan habis hutang ..umo 35 tahun sis dah bebas hutang. Yeyyyy ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’ ...untuk pnjadualan semula korang boleh isi borang dulu dan submit dekat mna mana pejabat ptptn. Tapi tapi tapi. ...ada syarat ! Korang kena bayar 50% daripada tunggakan korang kalau ada tunggakan 4ribu kena la bayar 2ribu dulu .


Sekarang setiap bulan sis kena konsisten bayar hutang ptptn sis.Sis nak bebas hutang seawal yang boleh. Letih weh fikir hutang dunia. Korang korang semua jangan lupa bayar ptptn. Kalau korang bayar korang pon takde hidup dalam ketakutan .Bebas kemana saja korang nak pegi. Ok sekian sis berceramah. Harap membantu..

Terima kasih pegawai ptptn Ipoh yg sudi melayan kerenah sis dan menyelesaikan masalah sis dalam masa seminggu jer. Cer ko bayang seminggu nak fly semua settle weh rasa terharu .Actually sis berhubung dengan dorang dalam Facebook jer .So kalau korang ada masalah yg sama boleh dm sis untuk๐Ÿ“ฒ  no talifon pegawai ptptn ni . Insyallah boleh diselesaikan ๐Ÿ’ฌ