Sepetang bersama Encik Photographer


Salam cinta dan rindu buat semua warga blogger yang disayangi ^__^

Ada apa dengan cinta ? Macam tu jugak lah ada moment disebalik gambar puteri bertudung merah yang posing ala ala gadis ayu gitew .Hahaha over gila kak long ni .

Actually ,sis nak share beberapa orang personal photographer yang selalu ambil gambar sis , diorng ni semua kwn sis ,Tapi yeahh sis professional tau ,walaupon kadang-kadang tu cair jugak tengok Encik Photographer ni dh la ensem ,stylo ,pandai ambil gambar pulak sampai boyfriend sis pon cemburu 😝😝😝

Berbalik kepada entry kita,sis ni memang jenis yang suka bergambar sampai kadang-kadang tu nak makan pon kena ambik gambar dulu baru ngapp makanan tu .



Tengok la tu sis posing macam nak tertido dh ...hahaha .Ok gambar ni dari Roses Image .Owner dia nama Abang Lan .Abang lan ni baik orangnya ,dia ni ketegori penyabar even kadang kadang kak long ni agak cerewet sikit kalau shoot tengah panas .Tapi dia still cool bagi tunjuk ajar dan cara posing terbaik .Abang lan ni fulltime photographer kalau berminat boleh je terus direct message dia dekat Facebook :Roses Image .




Ni pulak gambar dari scandal sis hahaha ..Ali Ikbar Photography .sis suka berkerjasama dengan dia sebab dia ni senang buat berbincang ,seorang yang cool ,banyak idea yang dia share dekat sis dari tak yakin bermain dengan warna terus jadi yakin .Fulltime photographer ,pelbagai majlis dia ok jer ,janji kena booking awal biasa la diorang ni boleh kata tip top jugak dekat Taiping.
Kalau berminat boleh direct whatsapp dia +60134143182 or direct message dekat 



Ini photographer yang memang kak long akan booking kalau sis kawen nanti AzimAbu.Co .Kenapa sis suka dengan gambar dia ?? sebab tone dia ala2 english style ,kalau tengok rasa sedap mata memandang .Yeahh sis memang suka gaya ala2 vintage style ni .So, kalau korang dah terpikat dengan gambar gambar sis sila booking cepat cepat hokey ??? AzimAbu.Co dia sanggup travel demi customer janji dapat moment terbaik dalam hidup diorang .Klau berminat juga boleh direct whatsapp : +60179569943 or direct ke
 Facebook  :Azimabu.Co 


Seterusnya ,Sakura Click Photography .Abam syafiq ni suka ala2 nature gitew so jangan pulak korang marah dia kalau dia bawak korang masuk semak semun untuk amik gambar .Abam syafiq ni very friendly ,Buat peminat tone color terang terang boleh booking dia cepat cepat sebab harga memang dh berbaloi2 dah . For more boleh whatsapp dia +60135598662 OR direct ke 



Raja Faten Photography .
Photographer perempua satu satunya .So girl out there kalau berminat nak jadi freelance talent boleh direct facebook adik ni sebab dia memang suka amik gambar but Girl Only ! 



















Travelog : Penang Island

Salam rindu dan sayang buat warga blogger sekalian..

Dekat sebulan sis menyepi bukan merajuk dengan korang tapi sebab sibuk dengan hal kerja dan aktiviti mencari prospek .HAHAHA ..

Haa ...siapa dekat sini yang belum ada Medical Card or Insurance tu sila sila lah komen dekat bawah ni mana tahu ada yang nak pegi berjalan kena ada insurance nyawa mana la tahu kot kot terjatuh ke sebab terlampau excited nak pegi makan angin .

Ok la ,dipendekkan cerita sebulan yang lepas sis dengan kawan-kawan  plan nak buat jelajah ke Pulau Pinang 2 hari 1 malam .Ikutkan hati macam boring je Penang ni sebab bukan apa sis buat kerja pon dekat penang,shopping pon dekat situ inikan pulak nak bercuti dalam pulau tu jugak .Tapi disebabkan Mek Kelantan tu over excited tak pernah naik ferry so,sis pon turutkan kemahuan diorang ni .


Kasi chance la kami bergambar dulu sebelum naik ferry ..lama benor tunggu ferry dekat sejam lebih dalam kereta so kami pon selfie2 duluan .Hahaha * Over !

Actually,kitaorang plan nak pegi berenam tapi yang tinggal hanya berempat tapi takpe teruskan jugak short vacay kali ni .


Macam biasa bila dh masuk pulau benda first mesti la cari kedai makan .Disebabkan diorang ni asyik jeles je bila sis datang Penang makan Nasik Beriyani so kak long pon bawak la diorang test test dekat Restoran Kapitan dekat lebuh chulia, landmark Nasik Kandar Line Clear .Haa sedapp baq hang ! Puas hati 1 Set sekali air baru Rm15.00 kalau tak silap .

Dah makan kenyang kami jalan-jalan sekitar Padang Kota amik angin petang-petang dah sampai pun petang kan .Biasalah Penang ! Kalau tak jem tu bukan Penang lah orang kata #huhuhu ...


Huuuu....makan petang kami .Kalau datang Penang tak pekena Pasembor hampa memang rugi besaq ! Tapi pasembor dekat sini mahai gila ..kami nak pilih pon takut takut kang ada yang sampai Rm50.00 sepinggan .Tapi kali ni sis dh expert memilih jeng jeng jeng sepinggan ni baru Rm25.00 .

Next -------) Badan pun dah lunyai sehari suntuk berjalan dengan tak mandi hahaha bau pon naik masham dh .Baru fikir nak cari Hotel .Tu lah bila suruh booking awal2 takut tak jadi lah apa sekarang dah satu hal nak cari Hotel .Nasib la ada Trivago ! Cari punya cari then dapat la Check in dekat Eastern Hotel,Penang ! Keliaa baq hang .



Jeng jeng jeng ni lah bilik tidur kami .Awal-awal lagi sis dh booking katil dekat belakang tu jangan sapa kaco nak himpit2 yaa ! Selfie satu kali dengan Mak Buyung ni Mek Ecah.


Dah habis round Queensbay Mall and Gurney Plaza .Perut pulak lapaq kawan ajak makan-makan dekat Restoran Seafood ,Bayan Lepas .Punya jauh cari seafood ini kedai makan siam .Makanan dia not bad lah tapi tunggu makanan berejam naik feed up !

Hari Kedua


Seawal jam 6pagi  sis dah tersedar ,diorang ni sedap lagi tidur haa ..Tersedar pon sebab dengar bunyi Azan mana la nak cari Hotel yang dekat dengan masjid .Terus bangun ,mandi ..kejut kawan cakap nak g jogging ! Nasib la kasut sport tu memang dok ada dalam bonet kereta .


Street Art Penang


Pagi-pagi dah try Ais Kepal ! Rasa rugi kalau tak cuba dekat Taiping xde jual 😂😂

__MY OWN CAFE __



 Asam Laksa ,Baba Nyonya 




Kuih tradisi baba dan nyonya 



   Owner Cafe ( My Own Cafe) 
 #TripAdvisor2015




Naik basikal pusing penang 




Nak bergambar kena set timer kalau tak xdapat la bergambar berempat .


Sebelum bertolak balik sempat singgah Jeruk Pak Ali dekat Seberang Jaya sempat la memborong jeruk untuk dibawa pulang .Harap tahun depan kita berjumpa lagi  ..I mis you all ! Nak menitik air mata pulak tengok gambar gambar #throwback ni .Harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila 😋😋😋