Hello Kitty Cafe


Yey finally we're heree Hello Kitty Cafe @sunwaypiramid ... Banyak kali tanya sayang kita nak makan kat sini ke ? 
Tapi ada orang tu buat tak tahu jer cuma senyummm 😊


Tengok lahh menu book pon comel rasa nak gigit2 jerr. Senang cakap semua benda dalam cafe ni rasa nak bawak balik rumah 👻😅






Masa ni kita sibokk snap pic dalam cafe ni so bagi la encik tunang pilih menu utk dinner.  Dinner cake jer sempena My Birthday.   Birthday dah lama lepas tp cik abang tak penah hampakan tunang kesayangan dia nihhh krik krik krik


Tengok kek pon tak sampai hati nak makan.  Serius comel giler kek ni.🍦🍰😊









Decoration dalam cafe ..cantik sesangatt tawww. Sesuai lah nak bawak awek dating ke sini. Tempat yg tenang ,bersih ..sesuai utk selfie jgk😍😍😍😍


Pandainya barista ni buat hello kitty dekat atas tuuuu😂



Tis one my birthday cake . Seumur hidup ni lah kek yg paling comel yg penah ada depan mata walaupon slice cake jer. Encik tunang asyik pandang jer gelagat kitaaaa ..😘😂😅😍



Selfiee lah dengan encik tunang tersayang  ..Thank you ebiii bwk dtg sini.  Banyak kali ulang nanti kita datang sini lg oke syg ?? Dia pandang  jerrr muka kita yg over excited 😏😜




Sebelum balik jomm lahh kita take photo dulu ye ebiii. Hikhikhikk 😚😚😚😚

Thank you sayang for suprise birthday yg ke 25tahun 😋😘😍 thank you bawak saya jalan2 and spend time dengan sy ..muuaaahhhhh 💕











Jamu cuci haid wanita

Setiap bulan, setiap wanita akan berdepan dengan tempoh datang haid. Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.

Apa yang boleh anda buat adalah mengamalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.

AIR JAMU 'DATANG HAID'

Halia,serai,daun pandan,kunyit ,air ,gula batu atau madu .








CARA MEMBUAT:

  1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
  2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
  3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.  

*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara) *Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih

KHASIAT:

*Membersihkan rahim selepas haid

*Mengeluarkan angin dalam badan

*Memecahkan lemak di perut

*Mengurangkan masalah bau badan


Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.

Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.