Salam Semua 👱
Jumpa lagi kat 3rd part. Part 3 : Kali ni sis nak kongsi sikit panduan tentang prosedur nikah yang sis dan tunang sis dah lalui untuk permohonan bernikah kami.
Sis sorang sahaja orang Perak, jadi nak tak nak bakal suami sis kena isi manual, macam sis kena la isi borang permohonan Kebenaran Berkahwin Online di laman SPPIM ni, Borang Kebenaran Berkahwin
Bila dah siap isi, last sekali akan keluar macam ni.
Status permohonan akan ditulis "dalam proses". Dalam gambar ni statusnya "lulus" ni sebab tunang sis dah hantar borang dan dokumen dia ke pejabat agama.
Sama jugak dengan sis, kat dalam gambar ni ditulis "lulus" sebab sis dah hantar dokumen ke pejabat agama. Tapi kalau permohonan lelaki belum diluluskan, dia akan tulis "menunggu kelulusan lelaki".
Lepas tu, check email. Kita akan dapat email dari SPPIM bila dah daftar online. Kat situ la kita akan dapat nombor rujukan permohonan untuk kita gunakan bagi menyemak status permohonan atau kemaskini maklumat.
Kalau tak dapat email, boleh hubungi SPPIM di talian 03-88864896.
Ok, ini perkara paling penting sis nak bagitahu.
Tempoh masa yang diberikan untuk selesaikan urusan permohonan nikah ni adalah dalam masa 14 hari. Jadi sebaik-baiknya, sebelum isi borang ni, kita dah siap ambil kursus pra-perkahwinan. InshaaAllah boleh selesai urusan ujian HIV, pengesahan status dari imam dan cari kadi dalam masa dua minggu.
Oh ya, kita hanya boleh isi borang ni bermula dari 30 hari sebelum tarikh cadangan bernikah atau paling lewat, sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh cadangan bernikah.
Lepas isi borang online, download dan cetak borang berserta checklist sekali. Sediakan dan semak segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist.
Dokumen yang saya sertakan dengan borang permohonan saya:
1. Salinan ic saya
2. Salinan ic pasangan
3. Salinan ic ayah
4. Salinan sijil kelahiran ayah
5. Salinan surat nikah ayah
6. Salinan surat nikah mama
7. Salinan sijil kursus pra-perkahwinan
8. Borang permohonan lelaki yang dah diluluskan
Hantar ke pejabat agama atau berjumpa dengak tok kadi untuk mendapat pengesahan dengan membawa bersama sijil kursus pra-perkahwinan yang asal , sijil tu akan dicop di situ. Kita perlu bayar RM20 bagi negeri Perak untuk pengurusan seterusnya.
Dan ingat...
Lepas isi borang online, download dan cetak borang berserta checklist sekali. Sediakan dan semak segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist.
Dokumen yang saya sertakan dengan borang permohonan saya:
1. Salinan ic saya
2. Salinan ic pasangan
3. Salinan ic ayah
4. Salinan sijil kelahiran ayah
5. Salinan surat nikah ayah
6. Salinan surat nikah mama
7. Salinan sijil kursus pra-perkahwinan
8. Borang permohonan lelaki yang dah diluluskan
Hantar ke pejabat agama atau berjumpa dengak tok kadi untuk mendapat pengesahan dengan membawa bersama sijil kursus pra-perkahwinan yang asal , sijil tu akan dicop di situ. Kita perlu bayar RM20 bagi negeri Perak untuk pengurusan seterusnya.
Dan ingat...
Perempuan tak boleh hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat agama lagi selagi permohonan lelaki belum diluluskan. Kena tunggu pihak lelaki selesaikan semuanya dulu.
Alhamdulillah, kami ambil masa yang singkat jugak untuk selesaikan semua urusan walaupun tunang sis dah sibuk dengan kerja. Dalam masa seminggu boleh selesai, lega sangat rasanya.
Ni saya kongsikan perjalanan yang kami tempuhi bersama untuk permohonan ni.
Perjalanan tunang saya:
i. Isi borang Benar Nikah Online .
ii. Ujian HIV.
iii. Kursus pra-perkahwinan
iv. Isi borang Benar Nikah Online .
v. Hantar borang permohonan ke pejabat agama.
vi. Ambil borang permohonan yang diluluskan oleh pejabat agama dan dihantar kepada saya.
Perjalanan saya:
i. Kursus pra-perkahwinan- Tahun Mac 2017
ii. Ujian HIV - September 2017
iii. Borang permohonan dari bakal suami yang dah diluluskan tiba di rumah.
iii. Jumpa imam besar untuk pengesahan status diri dan pengesahan dokumen. Imam tu jugak yang jadi kadi kami nanti. Senang macam tu. Satu kali kerja je dah selesai bahagian imam dan kadi. Masa tu jugak tempah ruang nikah dan masa.diingatkan kena bawa waris semasa berjumpa tok kadi kerana akan ada sesi interview anak dan bapa untuk pengesahan ayah kandung :)
iv. Hantar borang permohonan saya, borang kelulusan bakal suami dan dokumen yang diminta-
v. Permohonan saya diluluskan .Untuk di Perak dikena cas sebanyak RM20.00
Sekian ..harap dapat membantu bakal pegantin diluar sana .
Sekian ..harap dapat membantu bakal pegantin diluar sana .
Salam sis nk tanya...perlu lagi ke surat akuan bujang
ReplyDeleteWasalam dah tak perlu ..dh siap semua terus berjumpa dengan kadi tak perlu lg pengesahan dr ketua kg :)
DeleteMkna nya xperlu lg surat pengesahan tok penghulu ke..terima kasih
Deleteassalamualaikum sis ..sis saya nak tanya kalau bapa kandung sudah meninggal dunia kalau minta dokumen wali boleh ke sis
DeleteSalam sis, maksudnya kita x perlu ke pejabat agama beli borang nikah tu dlu? Terus isi online je? Hanya borang yg dicetak n borang permohonan lelaki yg diluluskan yg perlu dibawa jmpa kadi? Cmtu?
ReplyDeletewasalam ye sis ..tunggu pengesahan dr pihak lelaki kemudian baru sis isi dekat dlm laman web td ..tp ikut negeri juga ye bukan semua negeri boleh isi online .kemudian cetak baru sis boleh bawa borang untuk bt ujian saringan ke klinik kesihatan .dh siap semua baru submit dekat juru nikah utk pengesahan dan booking date nikah :)
Deleteklau bakal suami dok shah alam sya dok perak boley ke isi guna online . tpi sppim dia tulis permohonan lelaki dahulu mcm mna tu yea
Delete1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
Delete1.1 Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
1.2 Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3 Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
Pihak lelaki kena jumpa ketua kampung or terus pergi pejabat agama negeri dia..
Deletesalam sis.. borang pemastautin tu kena isi x kalau alamat tempat tinggal sama dgn alamat ic?
ReplyDeletewasalam..yup kena ikut ic
Deleteklau almat tpt tngl sme ngn almt ic rsanya xprlu isi borng mastautin
DeleteSalam sis, mcm mana kalau saya tersilap letak tarikh nikah. Terlewat sehari. Tapi semua borang dah siap proses
DeleteSalam sis.. thanks for sharing. Info yang sangat membantu. Nak tanya, lepas submit borang ke pejabat agama, berapa lama tempoh sspim update status lulus dan lepas tu kita perlu cetak apa-apa dokumen ke? Tadi saya hantar borang ke pejabat agama tapi tak ada apa dokumen yang diberi yang mengatakan permohonan saya lulus.
ReplyDeletewasalam ...kalu apply on selepas submit dh boleh print borg yg isi td tu ,dorang akan email sis .. then dh boleh pegi buat ujian saringan .cuba sis cek email dlu .
DeleteAssalam. . Kalau dari satu kawasan . . Mcam kamunting pergi pejabat agama sekali buleh kn sis?
ReplyDeleteboleh jer .xde masalah :)
DeleteSis, nak tnya berapa bayaran untuk jurunikah ye..
ReplyDeletesalam sis. perempuan dengan lelaki kena isi ka dalam sistem online? or lelaki sahaja? minta pencerahan.
ReplyDeletetu lah..sy perempuan je isi..tp borang yg di emailkn smua borang perempuan... yg lelaki borang nk amik mane? mohon pencerahan
Deletesis berapa lama pejabat agama negeri perak proses untuk kelulusan pihak lelaki?
ReplyDeletekalau dah lengkap semua masa submit tu blh lulus dalam masa sehari je :)
DeleteKak..ogos 2018 ni pakai jgk ke Surat akuan bujang?
ReplyDeletedah tak perlu
DeleteSalam .. bagaimana kalau pihak lelaki duduk selangor. Perlukah isi borang kebenaran nikah online ? Pihak perempuan belah perak pulak. Dah semestinya WAJIB isi borang kebenran nikah online kan ?
ReplyDeleteyup dua2 boleh isi online ..pastikan lelaki submit dlu ye baru side perempuan blh mula daftar 3 bln sblm tarikh nikah ..
DeleteKlw dh lebih tarikh 14 hari tu mcm mane ye..
ReplyDeletekena apply semula ..sbb borang tu dh expired :)
DeleteISI BORANG DULU ATAU UJIAN SARINGAN HIV ?
ReplyDeleteisi borang dulu nanti dlm borang ada surat utk bt ujian saringan ..bwk sekali borang saringan tu :)
Deletetapi kat dalam tu dia mintak tarikh buat HIV.. sy pening
DeleteSis. Saya tak faham belah pom ni sbb bakal suami krg cyberjaya. Selangor dia kena isi bahagian dia ada laman web khas utk Selangor boramg nikah tu. Kalau belah pom mcmne pula? Sebab bila nak buat sspim semua belah lelaki atas dulu kan kena isi .. Mohon sangat siapa yang tahu ni tolong saya bagi pencerahan. Sbb apa2 pun belah pom ni mcmne ? Kena isi sspim tu sbb lelaki tak sama negeri.
ReplyDeleteutk kes awk ni bakal suami awk blh apply online ..dh isi suruh dia bt ujian saringan dh siap semua baru bg dkt awk salinan tu bru awk blh mula submit borang awk dkt pjbt agama atau sama ada online .print n jumpa tok kadi utk tentukan tarikh nikah n tmpt utk nikah nti jgn lupa bwk wali dan duit utk process nikah .
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam hye nk tya.. sspim tu, knp ade yg ckp kna isi 3buln sblm/sbulan sblm ye... mn 1 btul ni.. pening lah
ReplyDeleteIC di perak, alamat tmpt tinggal di selangor.. Kalau sppim tu kita letak ic perak, ble x?.. Sbb susah nk cari saksi untuk permaustautin
ReplyDeletebiasanya masa interview dengan bapa oleh tok kadi tu apa soalan dia yer?n masa lepas hantar borang perempuan semua tu ada interview x utk negeri perak?
ReplyDeleteNk tnye sis... Masa lelaki hntr borg ke pjbt agama dia.. Maklumat prempuan kne lngkp skli dgn tndatngn wali ke?
ReplyDeleteMohon share sis, info yang berguna untuk para bakal pengantin :)
ReplyDeleteTerbaik. Ringkas dan mudah fahami.
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteSalam sis. Nak Tanya. Kalau borang lelaki dah settle, and nak berjumpa dgn tok kadi tuk booking tarikh, tapi kalau sy Tak settle lagi buat ujian saringan hiv Dan mohon online boleh ke sis?
ReplyDeleteSalam sis. Saya pening ni haha sebab kan setel belah laki dulu. Tunang sy org perak, kena isi online. Bila lulus, akan dpt email atau surat kena ambil sendiri dkt PAID?
ReplyDeleteSorry nak tanya ini utk nikah secara online sahaja ke borang tu ..atau utk yg nak nikah dirumah sekali??confius la..heee
ReplyDeleteklau bakal suami dok shah alam sya dok perak boley ke isi guna online . tpi sppim dia tulis permohonan lelaki dahulu mcm mna tu yea
ReplyDeleteAnak perempuan tinggal di Sg Besi Kl dan tunangnya diPahang..kedua sudah isi borang nikah dan telah di semak dan sahkan oleh kadi masjid Muqarobbin Bdr Tasik Selatan..
ReplyDeleteSoalan boleh kah mereka bernikal di tempat sy tinggal di Kuala Kangsar Perak..(Pej. Agama Daerah Kuala Kangsar)
Salam sis , knapa tunang sis kna isi borang benar nikah online 2 kali ?
ReplyDeleteAssalamualaikum..sye nk tanya....borang belah laki, kene isi bhagian saksi belh perempuan...saksi tu nk boh nme sape ye..sye tye jiran2 sni, diorg kate saksi tu pjbt agama yg sediakn...betol ke?..klo pjbt agama yg sediakan, yg belah laki ni nak boh saksi sape? Confius..
ReplyDeleteSalam, saya nak tanya. Saya nak nikah tahun depan bulan 1.. jadi boleh ke skrg saya isi borang sspim ye... ? Ke nak tunggu 3 bulan sebelum tarikh nikah
ReplyDeleteKalau kursus kita kat Penang, tapi nikah di Perak boleh ka? Atau kursus kena ikut negeri?
ReplyDeleteSalam sis, thank you for sharing sgt membantu tapi cuma ada beberapa yang saya nk kepastian..Saya akan berkahwin next year..Bilakah sesuai untuk saya isi borang SPPIM ni..sama ada dpt je sijil kursus kawin atau ada tempoh yang tertentu ?
ReplyDeletesalam hai boleh ke nak nikah di rumah untuk negeru perak?
ReplyDelete