No1 WHITENING Scrub District from Korea



Image result for scrub district





Follow :IG Scrub District untuk mendapatkan Scrub terbaik dari Korea .


Image result for scrub district

Makeup Artist Erin Leola pun menggunakan Scrub district ini tau ...boleh lihat hasil pengunaan di account Instagram beliau .Testimoni ERIN LEOLA MUA


SCRUB DISTRICT - IMPORTED FROM KOREA


  • 100% Premium Natural Ingredients
  • Pati Apricot
  • Rock salt
  • Brown sugar
  • Whitening essence
  • Bahan RAHSIA natural lain yang bagus utk kulit.
KELEBIHAN SCRUB DISTRICT:


  • mencerahkan kulit muka dan badan, scrub ini juga
  • menghilangkan jerawat
  • memutihkan kulit
  • memudarkan parut
  • meremajakan kulit muka
  • mengeluarkan kotoran tersumbat di ruang pori muka
  • kulit kurang berminyak/kering
  • kulit gebu dan lembut
  • meredakan radang kulit sensitive
  • menghapuskan blackheads dan whiteheads
  • mengecilkan pori dan memudarkan kulit berlubang
  • tiada lg kulit kusam atau tidak sekata
  • menanggalkan daki degil dari celahan badan
  • kulit jadi glowing dan senang nak makeup
  • pudarkan pigmentation dan menghalang penghasilan jeragat
  • merawat penyakit kulit seperti eczema, kudis buta, allergic dan ruam gatal
  • detoxkan kulit dari penggunaaan bahan kosmetik yg mengandungi mercuri
  • sesuai utk wanita mengandung dan menyusu
  • sesuai utk lelaki dan wanita
  • boleh dipakai di muka dan badan
  • tekstur yg lembut tidak kasar mcm scrub lain
  • tahan selama 2 bulan



Image result for scrub district

CARA PENGGUNAAN:

1. Lembapkan muka

2. Ambil scrub dan urutkan perlahan-lahan di muka
3. Biarkan selama 2 minit
4. Cuci dan sapukan pelembap
5. Gunakan selepas mencuci muka dgn pencuci muka anda

Harga cuma RM59.00 tak termasuk kos penghantaran ..Jimat bukan ? Scrub ni boleh tahan 2 bulan tau so sebulan korang hnya perlu melabur sebanyak RM29.50 sahaja untuk tampil cantik dan bebas dari jerawat 👰


Kalau korang berminat boleh contact Agen2 yang terdekat






Checklist Persiapan Untuk Majlis Kahwin

Hari ini sis nak kongsikan list atau senarai untuk persediaan majlis perkahwinan. Memandangkan tinggal beberapa hari Ramadhan sis yakin mesti ramai yang akan mengadakan Majlis Perkahwinan. Mungkin senarai persediaan ini sedikit sebanyak boleh membantu korang.
Majlis tinggal 6-7 bulan lagi tapi satu persediaan pun tak buat. Rasa macam awal sangat, tak tahu nak mula dari yang mana kan. Disebabkan ini adalah pengalaman pertama (kawin sekali je ye) kita kenalah rancang majlis dengan sebaiknya, boleh minta pendapat dari orang yang dah ada pengalaman selain daripada keluarga kita.
Jadi nak memudahkan mintalah pendapat dekat adik-beradik atau saudara-mara kita yang dah kahwin, senang lah kerja kita sikit kan kalau mereka boleh tolong. Tak adalah terkial-kial fikir sorang-sorang. Apa nak buat kalau Majlis lagi 6-7 atau 3-4 bulan. Mula senaraikan dari sekarang untuk memudahkan urusan kita dan pasangan.

Image result for wedding checklist

CHECKLIST UNTUK MAJLIS KAHWIN 

1. DAFTAR KURSUS KAHWIN
Daftar dan pergi kursus kahwin adalah benda yang memang semua pasangan pengantin WAJIB pergi. Kalau tak jangan ada hati nak kahwin ye.
Kursus Kahwin sekarang dah mudah pergi daftar dan hadiri kelas dua hari sahaja. 
Sebelum ni sis  pergi RM 100 seorang siap dengan makan sekali, jadi kalau nak pergi dengan pasangan boleh daftar sekali. Dengar sama-sama apa intipatinya lebih baik kan. Dapatlah sama-sama belajar untuk alam rumah tangga nanti.

2. TETAPKAN TARIKH NIKAH & MAJLIS
Biasanya tarikh nikah & majlis akan ditetapkan masa hari atau majlis pertunangan masing-masing.
Bincang antara kedua-dua keluarga untuk tarikh yang tepat. Bila tarikh nikah & majlis dah ditetapkan senanglah kita nak buat persediaan untuk tempah tempat (bagi yang nak buat didewan/hotel), dan pelamin untuk majlis resepsi.
Bila tarikh dah ditetapkan kita nak buat persediaan untuk beli barang hantaran dan barangan untuk majlis pun senangkan. Jadi tetapkan tarikh dahulu.

3. MEDICAL CHECK-UP (HIV TEST)
WAJIB buat. Medical Check-up atau ujian HIV ni wajib dibuat oleh kedua-dua bakal pengantin. Kebiasaanya mengambil masa dalam seminggu jadi bagi memudahkan urusan masa kita, set kanlah bila kita nak pergi. Dan nak buat Medical Check-up ni kena buat appointment dulu, tak boleh terus terus datang nak buat yea. Kena ikut turn kita.
Ujian HIV hanya boleh dibuat di klinik kerajaan sahaja yea jangan pergi klinik swasta pulak. Hasil daripada Ujian HIV mesti dikepilkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendapat kelulusan berkahwin. Ok bila dah settle boleh teruskan kepada langkah yang seterusnya.

4. BORANG & DOKUMEN BERKAITAN
Borang dan dokumen berkaitan ni sangat-sangat lah penting. Kedua terpenting selepas kursus kahwin. Tak lengkap tak boleh kahwin tau.
Tok kadi tak langsungkan majlis kalau segala borang & dokumen perkahwinan tak siap. Jadi take note awal-awal. Pastikan semua dokumen dan borang yang diperlukan lengkap.
Buat lah list asingkan borang-borang yang dah siap dilengkapkan dan yang belum. Senang kerja kita tak adalah tercampur semua kan. Bila semua dah lengkap kita boleh lah submit borang dan dokumen tu pada pihak yang berkenaan. Untuk borang bagi kawasan Wilayah Persekutuan boleh semak dilaman web JAWI dan kawasan Perak dilaman web JAIS PERAK

5. BINCANG & TENTUKAN TEMA MAJLIS KAHWIN
Lepas dah settle segala urusan untuk borang dan dah dapat kelulusan. Fuhh hati pun rasa lega dah kan 
Selepas itu kita boleh fikirkan dan bincang bersama pasangan atau keluarga mengenai tema dan warna untuk majlis perkahwinan.
Untuk pemilihan tema biasanya idea dah timbul beberapa bulan yang lepas tetapi untuk memastikan tema yang dipilih bersesuaian, kata sepakat antara pasangan dan keluarga juga diperlukan.
Bila dah dapat kata sepakat boleh lah kita ajukan idea, tema dan warna kepada ‘wedding planner’ kita atau pengurus untuk pelamin semasa majlis nanti. Tapi kena ingat mesti tempah dulu ‘wedding planner’ atau mak andam untuk majlis tu nanti yea. Takut aim lama-lama lupa nak tempah melepas pulak sebab full.
Untuk Majlis Perkahwinan sis memilih Akma Wedding Couture untuk merealisasikan Tema ala ala tradisional gituu :)
Image result for wedding planner

Image result for hantaran
6. BARANGAN HANTARAN
Beli barang hantaran. Buat perancangan yang rapi dengan pasangan, buat senarai untuk barangan yang diperlukan sebelum keluar membeli.
Jadi lebih senang kita nak beli nanti dan juga dapat tentukan bajet untuk setiap barang tersebut tak adalah berlaku pembaziran bila kita dah senaraikan dan tetapkan apa yang kita nak kan.
Saya sertakan juga senarai barang hantaran untuk memudahkan kita. Rujuk dibawah.

LelakiPerempuan
1Sirih Junjung Set Penjagaan Kulit
2Al-QuranTelekung/Sejadah
3JamJam
4KasutKasut
5Set Penjagaan KulitHandbag
6Set Minyak WangiSet Minyak Wangi
7Dompet/Tali PinggangBuah-Buahan
8Baju/KamejaKek
9KekSet Coklat
10Set Coklat
11 Buah-buahan

7. CARI SOUVENIR & BUNGA TELUR
Cari atau survey souvenir untuk tetamu yang datang semasa majlis nanti.
Untuk hal ini lebih baik bawa mak atau keluarga terdekat. Mereka lagi arif tentang pemilihan buah tangan ni kan. Cari souvenir atau buah tangan yang bersesuaian mengikut bajet kita.Ingat ya dalam pemilihan buah tangan pilihlah yang memberi kebaikkan kepada tetamu.
Tetamu yang datang pun hargai apa yang kita beri, nak bagi buah tangan biarlah dengan ikhlas sebab buah tangan ni sebagai tanda penghargaan kita pada tetamu yang hadir yang mendoakan kebaikan kita Jadi beli buah tangan biarlah yg membawa manfaat pada semua.
Image result for kotak souvenir pernikahan

8. GUBAH BARANG HANTARAN
Bila dah settle beli semua barang hantaran. Sekarang masanya untuk menggubah semua dulang hantaran tersebut.
Kalau nak jimat boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran kita. Kalau tangan seni suka buat DIY lebih baik gubah sendiri jimat kos. Hehe Boleh labur untuk benda lainkan.
Tapi kalau yang jenis sibuk dan tak ada masa nak gubah sendiri jangan lah risau sekarang ramai yang buat services gubahan hantaran, hantar je pada mereka. Keluar duit sikit berbaloi kalau hasilnya memuaskan kan? Make it easy ðŸ˜‰

9. TEMPAH JURUNIKAH @ TOK KADI
Tempah jurunikah atau tok kadi, bunyi nya macam tak ada lah penting sangat. Tapi tanpa tok kadi tak kahwin nanti .
Tempah awal-awal , sebab bukan kita je yang nak kahwin banyak lagi pasangan yang nak tempah tok kadi tu, sebaiknya tempah atau minta jurunikah ‘lock’ tarikh untuk majlis kita nanti.
Memudahkan jurunikah untuk uruskan jadualnya.

10. SENARAIKAN NAMA & BILANGAN TETAMU
Hal ini sangat penting untuk kita, sebelum nak beli barang dan buah tangan untuk majlis, kita tetapkan dulu bilangan tetamu yang kita nak jemput pada majlis kita nanti.
Bila dah tulis bilangan tetamu dalam masa yang sama kita dah boleh anggarkan berapa bajet dan keperluan perbelanjaan yang kita perlu keluarkan.
Jadi tulis bilangan tetamu yang kita nak jemput.

11. TEMPAH KAD KAHWIN
Tempah kad kahwin, ni biasanya setengah pasangan teruja sangat nak pergi tempah kad kahwin ni. Hehe sebab dia nak tempah design yang cantik-cantik. Tapi kena ingat ya tetapkan dulu bilangan tetamu baru tempah. Dinasihatkan tempah seawal mungkin, bila dah dapat persetujuan kedua-dua belah pihak pasangan bolkan untuk menempah kad jemputan. Kerana penempahan kad biasanya mengambil sedikit masa untuk disiapkan.
Meletakkan banting atau plan sangat penting, agar tetamu jemputan kita tahu kemana arah rumah @ tempat majlis dilangsungkan. Tak adalah tetamu tersalah masuk majlis orang lain kan.
Image result for tempah kad kahwin
Nak kad kahwin murah dan cantik? Order di Kad Kahwin King
12. TEMPAH PELAMIN YANG DI IDAMKAN
Saya pasti untuk tempah pelamin biasanya pasangan dah mula mencari beberapa bulan sebelum majlis. Jadi jika dah berkenan cepat-cepat tempah, bak kata orang bila dah jatuh cinta cepat-cepat sunting takut orang lain masuk dulu. Jadi tempah awal-awal, kalau boleh cari mengikut kesesuaian bajet kita dan yang sedap mata memandang masa Majlis nanti. Pelamin pun kena cantik ok.
Image result for pelamin eksklusif 2017

13. TEMPAH JURUSOLEK @ MAK ANDAM
Hah yang ini pun sama macam tempah pelamin, tapi lagi penting ni sebab kalau tak ada juru solek mahu kena solek sendiri kak. Jurusolek kat Malaysia sekarang makin banyak yang mahir, kalau dah berkenan boleh tempah dan ‘lock’ untuk majlis kita. Supaya mereka boleh masukkan nama kita dalam ‘booklist tempahan make-up’.

14. PILIH BUSANA PENGANTIN
Kebiasaanya bila tempah pelamin dia sekali pakej dengan busana pengantin, tapi terpulang pada kita juga. Kot lah nak tempah di designer lain. Boleh tempah awal-awal. Nanti dah dekat majlis tinggal nak ‘fitting’ je. Pilih biar bersesuaian dengan kehendak kita ya. Jadi raja sehari sekali je taw, pilihlah yang cantik lagi sedap mata memandang  ðŸ™‚

15. URUSAN MENEMPAH KANOPI, (KERUSI, MEJA) & KATERING
Untuk menempah kanopi sebaiknya cari lah yang services nya bagus dan berdekatan dengan kawasan rumah kita (tempat majlis). Lebih memudahkan pihak kanopi untuk urus jadual pemasangan. Tempah sekali dengan kerusi dan meja atau alatan dapur untuk memasak bagi yang urus masak sendiri).
Bagi katering, terpulang kepada kita nak tempah service katering yang mana. Tapi mesti kita pilih yang service tip top dan sedap kan. Jangan lupa buat ‘food test’ dulu pilih lauk apa yang kita nak pada hari majlis kita nanti. Tempah bila dah sama-sama setuju boleh buat bayaran persetujuan atau deposit pendahuluan.
Image result for juru gambar
16. JURU GAMBAR
Proses pencarian jurugambar mungkin juga memakan masa, cari lebih awal. Yang kita mahu kepuasan sebab majlis kita seklai sahaja mesti kita nak semua cantik kan. Pastikan cari jurugambar yang berpengalaman, demi kepuasan kita juga. Mahal tak apa kalau cantik dan puas hati.
Image result for kompang
17. TEMPAH KOMPANG @MARHABAN
Untuk memeriahkan lagi majlis kita, digalakkan tempah kompang, marhaban atau silat mengikut kesesuaian majlis kita. Boleh minta ayah atau keluarga terdekat carikan yang bersesuaian untuk memeriahkan majlis.
Image result for pergi spa sebelum kahwin
Okay, bila dah selesai semua apa yang kita senaraikan untuk majlis kita nanti. Boleh lah bakal pengantin berehat atau menenangkan diri. Pergi SPA untuk rehatkan badan dan tenangkan sedikit tekanan sebelum majlis. Sekarang banyak je SPA yang adakan pakej untuk bakal pengantin. Tinggal tempah je ðŸ™‚
Moga segala urusan semua bakal-bakal raja sehari dipermudahkan dan semua berjalan lancar. Selamat Menempuhi Hidup Baru untuk bakal raja sehari semua.

Nam San Tower ,Seoul



Posting kali ni simple jer cuma nak cakap gambar sis dgn baby dah sampai NamSan Tower. .😜😜😜


Korang jangan jeles okey. 



Penjadualan semula Ptptn

Salam semua 😊

Dah lama rasanya tak update blog ...so arini sis terima lagi satu message dari kawan sis berkenaan isu PTPTN.

Sis tengah cuba untuk menyelesaikan hutang Ptptn sis dengan segera. Cara2 dia mudah jer ...

1.Penukaran ujrah.
2.Penjadualan semula.

Untuk semakan tunggakan korang boleh search www.ptptn.gov.my lepas tu click Bajet 2017 ...




Korang dikehendaki mengisi No kad pengenalan dan No pinjam .Dekat mana korang boleh dapat No pinjaman ? Dekat borang yg korang sign banyak2 dulu tu ada No Pinjaman .Kalau hilang korang boleh rujuk Pejabat Ptptn seluruh Malaysia. 

Bila dah dapat Login ...apa korang harus buat ? Isi maklumat berikut .
No akaun,No talifon dan Email korang .WAJIB ISI ! 😄


Bila korang dah isi akan nampak segala tunggakan korang ...Nah kantoi tu balance tunggakan sis 😂😂😂 Insyallah bulan ni sis akan selesaikan hutang ni . Doakan sis berjaya lunaskan hutang ptptn 😉

Apa korang perlu buat ? 

1.Rujuk ptptn 
2.Buat rundingan
3. Tukar Ujrah
4. Bayar separuh dari jumlah tunggakan 
5.Penjadualan Semula 
6.Bayar mengikut jadual (setiap bulan)
7.BEBAS HUTANG .
8.Boleh keluar negara bila bila masa 😀

Untuk yang hendak keluar negara apa korang perlu buat ?

1.Cek dekat portal ptptn wwq.ptptn.gov.my
2.Click semakan ke luar negara. 
3. Masukkan no kad pengenalan ,email dan no talifon .
4.Semak ...

Jika .....terkeluar anda disenarai hitam. Mohon rujuk segera pejabat ptptn at least 7hari sebelum berlepas 😊




Jika .....tiada halangan insyallah korang selamat berlepas dengan jayanya ✈


Sekian ...terima kasih .kalau korang ada benda nak tanya boleh komen kat bawah ...Kalau nak no pegawai ptptn yg sis runding pon boleh komen dekat bawah. Doakan sis cepat settlekan hutang sis ..💪💪