Bridal Shower

Image result for bridal shower idea

Masa yang ditunggu-tunggu untuk bergelar raja sehari ..Selain membuat preparation dekat rumah .Bride to be diraikan oleh kenalan rapat sebelum menjelang hari bahagia .Majlis yang dinamakan "BRIDAL SHOWER " 

Bridal shower yang dulunya terkenal di daerah barat kini semakin meluas di malaysia ..majlis ini hanya untuk meraikan pegantin perempuan sebelum bergelar isteri dan mengikut tema dan idea masing-masing .

Image result for bridal shower idea

Selain meraikan bakal pegantin dan bergambar terakhir bersama pegantin ..pegantin juga meraikan sahabat2 yang bakal menjadi bridemaids mereka .Penyerahan kain atau bridemaids kit diadakan untuk majlis ini ...comel kan ???


Related image

event setup ...

Related image

Related image


Image result for bridal shower idea


Banyak idea yang korang boleh dapat dekat Pinterest mengikut tema korang :)

Cant wait for my bridal shower next week ...stay tune 👰

PDF Instagram Style Frame Photo Prop, Instagram Sign, Social Media Photo Prop, Wedding Sign, Instagram Party, INSTANT Download PDF - Sale !!




This customizable Social Media Frame Printable ist perfect for every birthday, wedding, graduation, bridal shower or any occasion! It will be personalized by us with your information (we can change all the wording) and then emailed to you. Just have it printed, get it mounted and you are ready! 

INCLUDED SIZES:
- 18"x24" (for 1-2 people)
- 24"x36" (for 2-3 people)
- 36"x48" (for 3-4 people)
- A1, 594x841mm (for 2-3 people)
- A0, 841x1189mm (for 3-4 people)


WHERE TO PRINT:
After you edited your digital PDF file, you can take the file on a USB drive
to any print shop such as Staples, Office Depot, Walmart, Vistaprint etc.

Click here if you want me to do the customization for you:
https://www.etsy.com/listing/244558138/social-media-photo-prop-frame-photo

HAVE QUESTIONS?
Just send me a message and i will be more than happy to help :)


TERMS OF USE:
This product is for non-commercial, personal use only. 
You may not share, sell or distribute the digital files.
This purchase is for a digital file only. No physical products will be shipped. 
Due to the digital nature of the product no refunds wil be given.

M Fairy by Gene Martino



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, outdoor and text

Ada berita baik buat bakal pegantin dan bridemaids sekalian .
GENE MARTINO one of our local butik telah pon melancarkan koleksi M-FAIRY dengan tagline-nya "Stay Blessed Together "

Untuk harga pengenalan dan promosi kaw kaw ni ...korang boleh beli 3 pasang dan percuma lagi sepasang baju ..Jimat ke tak jimat ??? seriusly baju ni sangat cantik dan kualiti kain sangat lah affordable dengan harga . Dengar kata harga sepasang baju bermula dari Rm149.00 sehingga Rm199.00 sahaja .


So ....korang tunggu apa lagi ...Jom kunjungi ke butik berhampiran dengan anda .




Fairy Kurung With Exclusive Glitered Embroidery Scallop Lace.

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: 4 people, people standing and wedding

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

No automatic alt text available.

Article Code:GA885WD
Color:Forest Green(88)
Price:RM199

LAUNCHING SPECIAL BUY 3 FREE 1 *T&C apply.

TOP:
Kurung Modern with exclusive glitered embroidery scallop lace, Round neck, Padded shoulder, Concealed back zip.

SKIRT:
Mermaid skirt with concealed side zipper


AVAILABLE:
1. Whatsapp Gene Martino Sale(+60111-993 3322)
2. Gene Martino selected outlets.

Pre Wedding Photoshoot

Salam and selamat malam semua .


Since mata belum boleh lena lagi sampai lah ke part 4 ...orang cakap bakal pegantin menunggu hari untuk majis bernikah .

Macam biasa sis dengan pasangan tak terlepas pandang untuk rakamkan moment2 indah kami untuk tatapan si para tetamu yang hadir untuk diserikan di meja photobooth and candy booth kami .Alhamdulilah kami dapat free pre wedding session dari photographer untuk majlis bersanding kami ..hehehe 

Ok ...xnak cakap panjang lebor jom la tengok sebahagian picture kteorang untuk photoshoot session kali ni ...kami pilih tema santai2 jer ..lokasi di Taman Tasik Taiping :)

Photograher :@thousandmoment.signature(instagram) 
MUA: Kak Zulina Mahat 
Lokasi : Taman Tasik Taiping 















Prosedur Nikah di PERAK

Salam Semua ðŸ‘±


Jumpa lagi kat 3rd part. Part 3 : Kali ni sis nak kongsi sikit panduan tentang prosedur nikah yang sis dan tunang sis dah lalui untuk permohonan bernikah kami.

Sis sorang sahaja orang Perak, jadi nak tak nak bakal suami sis kena isi manual, macam sis kena la isi borang permohonan Kebenaran Berkahwin Online di laman SPPIM ni, Borang Kebenaran Berkahwin





Bila dah siap isi, last sekali akan keluar macam ni.



Status permohonan akan ditulis "dalam proses". Dalam gambar ni statusnya "lulus" ni sebab tunang sis dah hantar borang dan dokumen dia ke pejabat agama.




Sama jugak dengan sis, kat dalam gambar ni ditulis "lulus" sebab sis dah hantar dokumen ke pejabat agama. Tapi kalau permohonan lelaki belum diluluskan, dia akan tulis "menunggu kelulusan lelaki".


Lepas tu, check email. Kita akan dapat email dari SPPIM bila dah daftar online. Kat situ la kita akan dapat nombor rujukan permohonan untuk kita gunakan bagi menyemak status permohonan atau kemaskini maklumat.



Kalau tak dapat email, boleh hubungi SPPIM di talian 03-88864896.

Ok, ini perkara paling penting sis nak bagitahu.

Tempoh masa yang diberikan untuk selesaikan urusan permohonan nikah ni adalah dalam masa 14 hari. Jadi sebaik-baiknya, sebelum isi borang ni, kita dah siap ambil kursus pra-perkahwinan. InshaaAllah boleh selesai urusan ujian HIV, pengesahan status dari imam dan cari kadi dalam masa dua minggu.

Oh ya, kita hanya boleh isi borang ni bermula dari 30 hari sebelum tarikh cadangan bernikah atau paling lewat, sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh cadangan bernikah.

Lepas isi borang online, download dan cetak borang berserta checklist sekali. Sediakan dan semak segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist.

Dokumen yang saya sertakan dengan borang permohonan saya:

1. Salinan ic saya
2. Salinan ic pasangan
3. Salinan ic ayah
4. Salinan sijil kelahiran ayah
5. Salinan surat nikah ayah
6. Salinan surat nikah mama
7. Salinan sijil kursus pra-perkahwinan
8. Borang permohonan lelaki yang dah diluluskan

Hantar ke pejabat agama atau berjumpa dengak tok kadi untuk mendapat pengesahan dengan membawa bersama sijil kursus pra-perkahwinan yang asal , sijil tu akan dicop di situ. Kita perlu bayar RM20 bagi negeri Perak untuk pengurusan seterusnya.

Dan ingat...

Perempuan tak boleh hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat agama lagi selagi permohonan lelaki belum diluluskan. Kena tunggu pihak lelaki selesaikan semuanya dulu.

Alhamdulillah, kami ambil masa yang singkat jugak untuk selesaikan semua urusan walaupun tunang sis dah sibuk dengan kerja. Dalam masa seminggu boleh selesai, lega sangat rasanya.

Ni saya kongsikan perjalanan yang kami tempuhi bersama untuk permohonan ni.

Perjalanan tunang saya:
i. Isi borang Benar Nikah Online .
ii. Ujian HIV.
iii. Kursus pra-perkahwinan
iv. Isi borang Benar Nikah Online .
v. Hantar borang permohonan ke pejabat agama.
vi. Ambil borang permohonan yang diluluskan oleh pejabat agama dan dihantar kepada saya.

Perjalanan saya:
i. Kursus pra-perkahwinan- Tahun Mac 2017
ii. Ujian HIV - September 2017
iii. Borang permohonan dari bakal suami yang dah diluluskan tiba di rumah.
iii. Jumpa imam besar untuk pengesahan status diri dan pengesahan dokumen. Imam tu jugak yang jadi kadi kami nanti. Senang macam tu. Satu kali kerja je dah selesai bahagian imam dan kadi. Masa tu jugak tempah ruang nikah dan masa.diingatkan kena bawa waris semasa berjumpa tok kadi kerana akan ada sesi interview anak dan bapa untuk pengesahan ayah kandung :)
iv. Hantar borang permohonan saya, borang kelulusan bakal suami dan dokumen yang diminta- 
v. Permohonan saya diluluskan .Untuk di Perak dikena cas sebanyak RM20.00


Sekian ..harap dapat membantu bakal pegantin diluar sana .

UJIAN SARINGAN HIV TEST BAGI NEGERI PERAK


Assalamuikum .

Jumpa lagi kat second part. Part 1 : Kursus Nikah dah settle. Sijil ni valid/ sah untuk seumur hidup anda dan tanpa tempoh tamat. Tetapi, HIV Test ni hanya sah diguna pakai selama 6 bulan sahaja. So, korang yang nak menikah tu, pastikan da tau tarikh kawin, baru pergi buat UJIAN HIV ni tau. kalau x, kena ulang balik. Sekarang ni banyak negeri mewajibkan kedua-dua pasangan melakukan HIV Test ni kecuali Sarawak dan Sabah. Tetapi, jika salah seorang pasangan dari negeri lain contohnya saya dari Perak, Bakal suami Selangor, , maka wajib lah saya buat jugak test ni disebabkan nanti pasangan saya memerlukan nombor rujukan borang HIV saya untuk di isi didalam borang nikah.

Cara-cara:-
1. Korang kena semak dahulu sama ada negeri korang ada menyediakan borang khusus untuk HIV atau tidak. Contohnya Kelantan dan Johor ada borang HIV tersendiri yang boleh didapati daripada laman web nikah masing2 atau pejabat agama.  kalau negeri di bawah Sppim (Sistem Pengurusan Perkahwinan contohnya negeri sembilan, melaka, perlis, kedah, perak  dan Kuala Lumpur, anda boleh gunakan borang HIV yang dibekalkan oleh klinik kesihatan kerajaan berharga RM1 sahaja. Calon dari Sabah dan Sarawak pun boleh guna borang HIV test yang general ni,

macam ni lah contoh borang HIV, tapi ni yang salinan diberi pada kita. 

Image result for borang ujian saringan hiv perak

2. Korang boleh google mana2 klinik yang menyediakan HIV TEST ni dan boleh call untuk tanya slot yang mereka sediakan khas untuk buat ujian ni. Klinik kesihatan kerajaan saja tau. Swasta tidak dibenarkan. 

Tak lama proses dia, walk in je. Tak perlu bawak ape-ape borang nikah atau sebagainya, just cakap saya nak buat HIV Test untuk Nikah. Dia akan tanya korang ada bawak borang HIV x yang diberi oleh pejabat agama. Korang jawab je xde sebab kena guna borang yang disediakan oleh klinik. Then, bayar seringgit dah. Tunggu nama korang kena panggil, dalam 15-20 minit gitu, dah siap semua proses ni.

3. Biasa Doktor tu akan cucuk je jari korang, satu dua titik darah dia pipet dan letak kat alat HIV Test ala-ala macam pregnancy kit. So lau keluar double line, maka jawabnya reaktif  dan positif la korang ada HIV. So mintak-mintak la jawapannya satu line, non reaktif, negatif HIV yeahaaaa dah boleh kahwin 💗

4. Tu nombor rujukan ada kat atas borang. Nombor tu la penting untuk korang bagi pasangan korang untuk isi borang nikah secara online nanti :)

Norah Cold Wax and Hot Wax Review

Image result for norah cold wax review

Salam n Hi semua ,today sis nak share lagi satu produk yang sis cuba untuk sebulan yang lepas ..Yup its NORAH COLD WAX !! Actually produk ni dh lama sis nak cuba cuma was-was sebab tak tahu nak guna ...so bulan lepas sis ambil keputusan untuk cuba sebab Norah ada mengadakan sale sempena birthday CEO Norain ...hee so sis xlepaskan peluang untuk beli dan rasai sendiri menjadi pengguna Norah ..


yup untuk pertama kali pergunaan korang jangan bimbang sebab ada diberikan cara2 untuk mengunakan wax ni ...so untuk memudahkan pekerjaan sis cuba COLD WAX ...sebab cold wax ni senang untuk orang yang suka travel mcm sis ..If korang nak cuba HOT WAX pon oke cumanya korang kena la panaskan wax tersebut didalam microwave ...so dkt rumah sis xde microwave ...kalau xde xjd masalah sbb korang boleh guna air panas untuk cairkan wax tersebut ...

Untuk beginner mcm sis sangat digalakkan mencuba Cold wax ianya sangat mudah dan bersih .Dilengkapi dengan kain strip so lepas korang dh wax boleh cuci bersih2 dan simpan balik kain tersebut untuk guna ...selamat sangat untuk Miss V korang agar lebih bersih ..

Harga untuk sebotol Norah wax ni RM35.00 tak termasuk postage ...


5 TOP REASONS WHY U SHOULD USED NORAH ???

1. Sebab Norah Wax ini mencabut bulu sampai ke akar umbi. 
2. Melambatkan pertumbuhan bulu.
3. Menghaluskan serta melicinkan kulit korang. 
4. Mencerahkan semula kulit terutamanya di bawah lengan (ketiak) korang. 
5. Tahu tak pengunaan Norah secara berterusan akan menyebabkan bulu korang tak nak tumbuh lagi sebab mereka fed up asyik kena rentap je.



cara-cara mengunakkan Norah Cold serta Hot. 

Berikut merupakan cara mengunakkan Norah Cold. 

1. Sapukan bedak/tepung jagung pada kawasan yang hendak dicabut bulunya. 
2. Sapukan Norah pada kawasan tersebut mengikutarah bulu
3. Ratakan kain di atas wax tersebut
4. Tarik kain mengikut arah lawan bulu.
5. Sapukan baby oil atau aloe vera untuk kesan sempurna.



Cara pengunaan Norah Hot.

1. Panaskan Norah sehingga wax mencair. tetapi awas supaya air tidak termasuk kemudian tercampur di dalam wax.
2. Biarkan ianya suam sebelum di sapu mengikut arah bulu.
3. Ratakan kain pada permukaan wax.
4. Tarik kain mengikut arah lawan bulu tersebut.
5. Sapukan Baby Oil ataupun Aloe Vera untuk kesan yang sempurna.



Apa yang anda dapat jika membeli Norah ?

1. 380g Norah Hot/Cold wax.

2. 12 Helai kain cotton yang boleh dibasuh (banyak hokeh 12 tu !)

3. 2 batang aiskrim yang besar.

4. 2 batang aiskrim yang kecil

5. 1 arahan manual termasuk cara-cara pengunaan Norah Wax



Where u can get tis Norah Organic Wax ???

Boleh follow instagram @organichairremoval

Redha



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Ujian
Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah timpakan ujian supaya kita bersabar..

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.

Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!



Peraduan Berkongsi Detik Bahagia Raya Sedondon

Image may contain: text


Peraduan Berkongsi Detik-detik Bahagia Raya Sedondon.
Rebut peluang untuk menang pelbagi hadiah dengan hanya berkongsi gambar Baju Raya Sedondon Gene Martino anda bersama keluarga di Facebook. *Gambar yang mendapat paling banyak “LIKE” berpeluang tinggi untuk menang hadiah!

Tempoh peraduan: 26/5/17-9/7/17(10am)

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memenangi hadiah!

Langkah 1:
“LIKE” Gene Martino Facebook Page di https://www.facebook.com/Ge.martino/

Langkah 2:
“AMBIL GAMBAR”dengan memakai Baju Sedondon Gene Martino yang menunjukkan kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga. Pihak kami hanya menerima gambar peraduan tahun 2017 sahaja.*Gambar yang pernah menyertai Peraduan Gene Martino sebelum ini TIDAK AKAN DIKIRA.

Langkah 3:
“MUAT NAIK GAMBAR”dalam Profile Facebook Sendiri(Mesti Set Share to Public), Tag@Gene Martino dan Copy & Paste #GeneMartino#GeneMartinorayacontest2017 #keluargasedondonkeluargabahagia#bahagia #sedondon

Langkah 4:
“ISI BORANG” Layari laman Web Gene Martino www.GeneMartino.com.my dan klik butang “Raya Contest” untuk mengisi borang peraduan.
"Peserta akan mendapat Baucar Gene Martino bernilai RM30. Baucar akan diberi selepas 10/7/17"




No automatic alt text available.

1) Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia.

2) Gambar yang diposkan sebelum 26/5/17 akan dibatalkan kelayakkan.

3) Kakitangan Gene Martino dan ahli keluarga yang terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri)tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

4) Pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua, Hadiah Ketiga, Hadiah Sagu Hati dan Hadiah Istimewa akan dipilih berdasarkan “LIKE” gambar paling banyak. Pemenang Hadiah Gambar Kreatif akan dipilih oleh pihak juri Gene Martino. Hanya 1 hadiah dapat dimenangi oleh 1 sekeluarga sahaja.

5) Jika peserta tidak mengikut syarat-syarat yang disenaraikan di atas, maka kelayakan peserta akan dibatalkan.

6)Pihak Gene Martino berhak untuk mengesahkan kelayakan penyertaan dan membatalkan sebarang penyertaan.

7)Pihak Gene Martino berhak meminda terma dan syarat yang dibentangkan di dalam ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terdahulu.









Resepi Sos Steamboat Johnnys

Related image

Image result for sos thai johnny's

 Bahan-bahan;


10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih 
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka epal - tak ada cuka biasa pun ok
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap - aku guna kicap kipas udang manis
1 sudu besar pati sunquick
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
sedikit daun ketumbar - dihiris halus 

Cara menyediakannya;


Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk or apa-apa alatan yang you all nak guna untuk memasak. Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1cawan air. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya. Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.

Sup steamboat (stok ayam)

3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kuib pati ayam
1.5 liter air....
garam secukup rasa - jika perlu
Hirisan daun ketumbar

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada. 
Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat yaa...
Bahan-bahan steamboat ni ikut selera you all boleh letak apa sajer...ikut suka masing-masing...


Liburan ke Wisata Yogjakarta Part 1


Image result for bajet murah ke jogja 3 hari 2 malam

Salam semua ..walaupon entry kali ni agak berabuk dan basi tapi sis baru ada kesempatan untuk share dengan korang trip sis dengan buddies selama 3Hari 2Malam di bandar Yogjakarta .Trip kami ala ala percutian jimat @bagpacker .

Planning kami untuk kesini dari tahun lepas lagi tapi baru berkesempatan untuk datang pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2017 ..persediaan yang utama kami hanya beli tiket flight dari KUL-JOG hanya RM 400.00 agak mahai tapi kami akan cut cost dari segi lain .Pada mulanya kami hanya nak gamble setelah sampai di Yogjakarta tetapi takut-takut nanti hotel full kami planning tempah bilik dari Agoda.com dengan harga IDR 265K sahaja untuk 3hari di Wakeup homestay .Homestay kami betul-betul ditengah bandar .Cuma 5minit untuk sampai ke Malioboro .Besttt kan nak shopping ???

Image result for wakeup homestay jogja

Image result for wakeup homestay jogja

pandangan hotel dari luar jendela

Image result for wakeup homestay jogja

lobby hotel

Image result for wakeup homestay jogja

Ini lah bilik kami sementara untuk 3H 2M .Luas dan selesa sangat .

Selain menempah tiket flight dan homestay kami buat penukaran wang .Disebabkan bajet ciput jer sis tukar RM600 jer untuk duit makan dan tiket lawatan .

No automatic alt text available.

currency pada masa sis tukar 0.37 lagi .

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

Untuk aktiviti pertama kami setelah sampai di AdiSujipto International Airport pada pukul 9 pagi  ,kami di jemput oleh Pak Heru ...Rangga Yogjakarta yang telah kami tempah dari Facebook .Pak heru ni sangat fames dengan pakej sewaan kereta disana ..so kami ada buat survey ,ramai yang cakap service pak heru memuaskan .💓💓 So kami cadang untuk mengambil service pak heru selama 3hari hanya IDR 575k 

Image result for bakso di jogja

Bakso yang sedap ni hanya IDR 6k sahaja


Dah sampai Jogja rugi lah kalau tak cuba Bakso ..Dekat sini belambak kedai bakso ditepi jalan tp pastikan bersih dan sedap ye .Supir kami recommend kami untuk cuba Warung Bakso Kelenggar Ratu Sari .Memang best bakso dia lain dari yang lain ..Sebab ada mcm bubur nasi dan makan dalam tempurung pulak .Special tau xde dekat Malaysia ...

Dekat Indonesia sangat susah nak jumpa makan yang kena dengan selesa sis so dekat sini dalam banyak-banyak makan yang sis try ,bakso sahaja yang boleh diterima .Nasi goreng ayam pon tak sedap .....lagi satu kalau order Limau Ais dia baginya Air Lemon juice hahaha masam berdenggung sis dah terkena dh dengan orang indon ...so saddd :(

Kereta Gantung Gunungkidul


Dah penat bawak perut seterusnya kami memulakan perjalanan untuk ke Pantai Timang .Pulau Timang Gunungkidul memang bukan pulau seperti pada umumnya yang berupa sebidang tanah dengan pesisir yang berpasir. Pulau ini tidak lebih berupa bongkahan batu karang yang besar dengan tebing yang sangat curam. Untuk mencapai Pulau Timang ini wisatawan harus menggunakan semacam gantole tradisional atau kereta gantung yang terbuat dari kayu dan bambu yang dirangkai dengan tambang tali plastik yang sangat kuat sehingga dapat menopang berat badan dari seseorang dan selanjutnya ditarik oleh beberapa orang sehingga gantole tersebut akan bergerak ke arah Pulau Timang

Jarak luncur dari gantole ini sekitar 50-100 me kearah barat dari Pantai Timang. Dibutuhkan mental yang kuat bila ingin mencoba menyeberang kesana, karena sepanjang jarak tersebut anda akan meluncur sendirian menaiki gantole diatas lautan yang dalam dengan ombak yang besar. Perjalanan dari Yogyakarta menuju Pantai Timang memakan waktu sekitar 3 jam. Jarak dari kota Wonosari sampai sampai Pulau Timang sekitar 35 km. Wonosari – menuju ke arah Pantai Baron – Pertigaan Mulo – menuju ke arah Pantai Siung – Pasar Dakbong – jalanan berbatu – Pantai Timang.Untuk korang yang berhasrat manaiki gandola bayaran hanya IDR 200k sahaja dan  parking fees IDR 10k sahaja  ðŸ˜¥
Image may contain: 1 person
Best sangat naik gondola ..korang wajib cuba .
Badan pon dah letih so kami bercadang untuk lunch Lobster yang fames dekat Pantai Timang ni ..Fresh dari laut tau ..Reasonable price untuk satu set makanan lengkap cuma IDR 350k sahaja .

Image result for lobster pantai timang
sedap sangat lobster ..masakan sambal .ikan bakar pon sedap :)

Image result for hutan pinus
Settle part makan ..langsung terus ke Hutan Pinus Omogiri ...Yeyyy kat sini lah yang sis nak sangat pegi ...Siapa penah tengok Ada Apa Dengan Cinta ??? dekat sini la tempat dorang berlakon ...Mana tahu datang dari jauh terjumpa Mas Rangga ke kan ...hehehe

Image result for hutan pinus
Nak masuk hutan pinus ni pon mengambil masa 2jam untuk sampai ..so kami sampai sini pon dah petang dalam pukul 5.30 mcm tu tak sempat nak bergambar banyak sangat .actually banyak spot bergambar dekat sini .Free of charge je ok ....cuma nak datang sini kena bayar parking fees tak silap IDR 5k ..Tapi pak supir dah tolong bayarkan .
Selesai sudah pengembaraan hari pertama sis dengan buddies ...nantikan cerita Part 2 tempat yang kami lawati lagi ...Total hangus untuk hari pertama IDR333k =Rm123.21