Kursus Kahwin

Salam semua 😘

⏰25Mac -26Mac2017

Since my last post berkenaan Bajet Bertunang ...harini sis ada sedikit masa untuk share berkenaan kursus kahwin .
Yuppp ...kursus kahwin ! Korang yang nak kahwin WAJIB ambil tau.  ..hihihi

Mengapa korang wajib ambik Kursus Pra Perkahwinan?

Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi hendak tak hendak anda perlu menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna anda tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.


Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda.
Kalau dah namanya kursus, majoriti akan menganggap ianya bosan. Majoriti pula beranggapan sebaliknya setelah tamat kursus. Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana kita akan diajar akan apakah tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai “refresh” tentang apa yang dah dipelajari dalam Pendidikan Islam semasa alam persekolahan dahulu. Selain itu, kita juga akan diajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.

Kursus kahwin ni taklah bosan seperti yang difikirkan kerana penceramah-penceramah yang dijemput sangat memahami keadaan peserta malah sering diselitkan  dengan lawak jenaka dalam ceramah-ceramah berinfomasi yang disampaikan.

Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus kahwin ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Jika korang ingin berumahtangga, atau sekiranya korg ingin mengikuti kursus kahwin ini. Daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal jika diambil awal, sebab anda tetap perlu manjalaninya melainkan anda hendak membujang sampai ketua.





Sis booking untuk kursus pra perkahwinan dalam whatsapp je.Bagi Area Taiping/Kemunting boleh buat dekat Kursus Kahwin Taiping bersebelahan Aeon Mall Taiping. Atas bangunan Seng Heng. Untuk pendaftaran kursus dikenakan cas berharga Rm100.00 setiap orang termasuklah 4kali makan dan buku panduan serta sijil .

Tempat yang sangat selesa dilengkapi tandas dan ruang solat bagi lelaki dan perempuan. Rasanya cukup pengisian untuk harini. .selamat membaca ..Nantikan next entry berkenaan Tips memilih Kad Kahwin 👇








0 comments:

Post a Comment