Salam Semua✋
Untuk bakal-bakal Raja Sehari sekalian. Bulan puasa tinggal berapa bulan je lagi, dan yang pasti lepas je Raya nanti akan beratur lah Kad Undangan Majlis Perkahwinan dekat rumah. Hihi Tak caya? Kita tengok je nanti ok
Untuk kali ni sis nak kongsikan beberapa tips sebelum pergi tempah Kad Kahwin. Jangan pandang remeh tau sebab kalau salah beli atau lambat memang celaru majlis nanti. Jenuh nak jemput manual tanpa kad kahwin
Tips Memilih Kad Kahwin
1. Catat Jumlah Tetamu
Buat persiapan awal-awal sebelum tempah Kad Kahwin, catat semua jumlah jemputan yang kita nak undang. Kerana ia lebih memudahkan tugas kita masa nak tempah kad nanti. Dam mampu mengelakkan pembaziran. Contoh : Tetamu yang hendak diundang hanya 1000 orang tapi tempah kad terlebih kan rugi dekat situ. Sebabnya harga kad berbeza mengikut kuantiti. Take note ya So ,sis akan tempah 300 keping kad kahwin untuk majlis sis akan datang ...
2. Tentukan Bajet Untuk Kad Undangan
Sekarang terlalu banyak pilihan tempat untuk kita tempah Kad Kahwin. Siap2 tentukan bajet untuk belian Kad Kahwin. Jadi lebih mudah cari yang bersesuaian dengan bajet nanti. Siap siap tentukan bajet okay Nak berjimat jangan pilih yang lebih dari bajet ya. Untuk kad kahwin bajet sis sangat la murah ..hanya Rm200 sahaja ..kalau dapat lagi murah dari tu lagi berbaloi dan jimat kan kengkawan ????
3. Survey Sebelum Menempah
Tips yang ni biasa dah buat kan? Tapi jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yg diberikan. Sebab biasanya harga set memang dikira termasuk harga yang Free Gift tu. Hehe nak jimat betul-betul survey dulu betul-betul ok Banyak sangat pilihan tak kira online atau offline. Bandingkan harga dan pilih mengikut citarasa anda masing-masing.
4. Test Servis & Layanan Semasa Hendak Menempah
Cuba test servis mereka, sebab kadang-kadang ada yang murah tapi servis lambat. Sampai 2 bulan lebih baru dapat tempahan. Kalau majlis lama lagi tak ada masalah nak-nak majlis bulan depan tapi kad tak dapat-dapat lagi. Nangis kak oi
5. Pastikan Trust Seller Jika Tempahan Secara Online
Sis harap dapat bantu kawan-kawan lain sebelum tempah Kad Kawin. Nampak ringkas tips2 ni tapi kalau terlepas pandang memang menyesal dikemudian hari. Buat yang memang ada bajet lebih tak kisah sangat bab tips bajet tu tapi yang bajet rendah.
♥ HARGA MURAH
♥ BAHAN BERKUALITI
♥ SERVIS CEPAT & TERBAIK
Bride to be semua dah tempah Kad Kahwin ke belum? Kalau belum boleh survey-survey Kad Kahwin di Kad Kahwin King
Apa-apa pun pastikan buat pilihan bijak ya, take note tips-tips yang sis kongsikan. Selamat Menempuhi Hidup Baru buat pasangan Raja Sehari semua Semoga segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin
Impressive! I really like this blog.
ReplyDeleteThanks for giving this information…
Kad Kahwin Murah
welcome :)
Delete