Norah Cold Wax and Hot Wax Review

Image result for norah cold wax review

Salam n Hi semua ,today sis nak share lagi satu produk yang sis cuba untuk sebulan yang lepas ..Yup its NORAH COLD WAX !! Actually produk ni dh lama sis nak cuba cuma was-was sebab tak tahu nak guna ...so bulan lepas sis ambil keputusan untuk cuba sebab Norah ada mengadakan sale sempena birthday CEO Norain ...hee so sis xlepaskan peluang untuk beli dan rasai sendiri menjadi pengguna Norah ..


yup untuk pertama kali pergunaan korang jangan bimbang sebab ada diberikan cara2 untuk mengunakan wax ni ...so untuk memudahkan pekerjaan sis cuba COLD WAX ...sebab cold wax ni senang untuk orang yang suka travel mcm sis ..If korang nak cuba HOT WAX pon oke cumanya korang kena la panaskan wax tersebut didalam microwave ...so dkt rumah sis xde microwave ...kalau xde xjd masalah sbb korang boleh guna air panas untuk cairkan wax tersebut ...

Untuk beginner mcm sis sangat digalakkan mencuba Cold wax ianya sangat mudah dan bersih .Dilengkapi dengan kain strip so lepas korang dh wax boleh cuci bersih2 dan simpan balik kain tersebut untuk guna ...selamat sangat untuk Miss V korang agar lebih bersih ..

Harga untuk sebotol Norah wax ni RM35.00 tak termasuk postage ...


5 TOP REASONS WHY U SHOULD USED NORAH ???

1. Sebab Norah Wax ini mencabut bulu sampai ke akar umbi. 
2. Melambatkan pertumbuhan bulu.
3. Menghaluskan serta melicinkan kulit korang. 
4. Mencerahkan semula kulit terutamanya di bawah lengan (ketiak) korang. 
5. Tahu tak pengunaan Norah secara berterusan akan menyebabkan bulu korang tak nak tumbuh lagi sebab mereka fed up asyik kena rentap je.



cara-cara mengunakkan Norah Cold serta Hot. 

Berikut merupakan cara mengunakkan Norah Cold. 

1. Sapukan bedak/tepung jagung pada kawasan yang hendak dicabut bulunya. 
2. Sapukan Norah pada kawasan tersebut mengikutarah bulu
3. Ratakan kain di atas wax tersebut
4. Tarik kain mengikut arah lawan bulu.
5. Sapukan baby oil atau aloe vera untuk kesan sempurna.



Cara pengunaan Norah Hot.

1. Panaskan Norah sehingga wax mencair. tetapi awas supaya air tidak termasuk kemudian tercampur di dalam wax.
2. Biarkan ianya suam sebelum di sapu mengikut arah bulu.
3. Ratakan kain pada permukaan wax.
4. Tarik kain mengikut arah lawan bulu tersebut.
5. Sapukan Baby Oil ataupun Aloe Vera untuk kesan yang sempurna.



Apa yang anda dapat jika membeli Norah ?

1. 380g Norah Hot/Cold wax.

2. 12 Helai kain cotton yang boleh dibasuh (banyak hokeh 12 tu !)

3. 2 batang aiskrim yang besar.

4. 2 batang aiskrim yang kecil

5. 1 arahan manual termasuk cara-cara pengunaan Norah Wax



Where u can get tis Norah Organic Wax ???

Boleh follow instagram @organichairremoval

Redha



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Ujian
Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah timpakan ujian supaya kita bersabar..

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.

Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!