Travelog : Penang Island

Salam rindu dan sayang buat warga blogger sekalian..

Dekat sebulan sis menyepi bukan merajuk dengan korang tapi sebab sibuk dengan hal kerja dan aktiviti mencari prospek .HAHAHA ..

Haa ...siapa dekat sini yang belum ada Medical Card or Insurance tu sila sila lah komen dekat bawah ni mana tahu ada yang nak pegi berjalan kena ada insurance nyawa mana la tahu kot kot terjatuh ke sebab terlampau excited nak pegi makan angin .

Ok la ,dipendekkan cerita sebulan yang lepas sis dengan kawan-kawan  plan nak buat jelajah ke Pulau Pinang 2 hari 1 malam .Ikutkan hati macam boring je Penang ni sebab bukan apa sis buat kerja pon dekat penang,shopping pon dekat situ inikan pulak nak bercuti dalam pulau tu jugak .Tapi disebabkan Mek Kelantan tu over excited tak pernah naik ferry so,sis pon turutkan kemahuan diorang ni .


Kasi chance la kami bergambar dulu sebelum naik ferry ..lama benor tunggu ferry dekat sejam lebih dalam kereta so kami pon selfie2 duluan .Hahaha * Over !

Actually,kitaorang plan nak pegi berenam tapi yang tinggal hanya berempat tapi takpe teruskan jugak short vacay kali ni .


Macam biasa bila dh masuk pulau benda first mesti la cari kedai makan .Disebabkan diorang ni asyik jeles je bila sis datang Penang makan Nasik Beriyani so kak long pon bawak la diorang test test dekat Restoran Kapitan dekat lebuh chulia, landmark Nasik Kandar Line Clear .Haa sedapp baq hang ! Puas hati 1 Set sekali air baru Rm15.00 kalau tak silap .

Dah makan kenyang kami jalan-jalan sekitar Padang Kota amik angin petang-petang dah sampai pun petang kan .Biasalah Penang ! Kalau tak jem tu bukan Penang lah orang kata #huhuhu ...


Huuuu....makan petang kami .Kalau datang Penang tak pekena Pasembor hampa memang rugi besaq ! Tapi pasembor dekat sini mahai gila ..kami nak pilih pon takut takut kang ada yang sampai Rm50.00 sepinggan .Tapi kali ni sis dh expert memilih jeng jeng jeng sepinggan ni baru Rm25.00 .

Next -------) Badan pun dah lunyai sehari suntuk berjalan dengan tak mandi hahaha bau pon naik masham dh .Baru fikir nak cari Hotel .Tu lah bila suruh booking awal2 takut tak jadi lah apa sekarang dah satu hal nak cari Hotel .Nasib la ada Trivago ! Cari punya cari then dapat la Check in dekat Eastern Hotel,Penang ! Keliaa baq hang .



Jeng jeng jeng ni lah bilik tidur kami .Awal-awal lagi sis dh booking katil dekat belakang tu jangan sapa kaco nak himpit2 yaa ! Selfie satu kali dengan Mak Buyung ni Mek Ecah.


Dah habis round Queensbay Mall and Gurney Plaza .Perut pulak lapaq kawan ajak makan-makan dekat Restoran Seafood ,Bayan Lepas .Punya jauh cari seafood ini kedai makan siam .Makanan dia not bad lah tapi tunggu makanan berejam naik feed up !

Hari Kedua


Seawal jam 6pagi  sis dah tersedar ,diorang ni sedap lagi tidur haa ..Tersedar pon sebab dengar bunyi Azan mana la nak cari Hotel yang dekat dengan masjid .Terus bangun ,mandi ..kejut kawan cakap nak g jogging ! Nasib la kasut sport tu memang dok ada dalam bonet kereta .


Street Art Penang


Pagi-pagi dah try Ais Kepal ! Rasa rugi kalau tak cuba dekat Taiping xde jual 😂😂

__MY OWN CAFE __



 Asam Laksa ,Baba Nyonya 




Kuih tradisi baba dan nyonya 



   Owner Cafe ( My Own Cafe) 
 #TripAdvisor2015




Naik basikal pusing penang 




Nak bergambar kena set timer kalau tak xdapat la bergambar berempat .


Sebelum bertolak balik sempat singgah Jeruk Pak Ali dekat Seberang Jaya sempat la memborong jeruk untuk dibawa pulang .Harap tahun depan kita berjumpa lagi  ..I mis you all ! Nak menitik air mata pulak tengok gambar gambar #throwback ni .Harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila 😋😋😋





















0 comments:

Post a Comment