Penjadualan semula Ptptn

Salam semua 😊

Dah lama rasanya tak update blog ...so arini sis terima lagi satu message dari kawan sis berkenaan isu PTPTN.

Sis tengah cuba untuk menyelesaikan hutang Ptptn sis dengan segera. Cara2 dia mudah jer ...

1.Penukaran ujrah.
2.Penjadualan semula.

Untuk semakan tunggakan korang boleh search www.ptptn.gov.my lepas tu click Bajet 2017 ...




Korang dikehendaki mengisi No kad pengenalan dan No pinjam .Dekat mana korang boleh dapat No pinjaman ? Dekat borang yg korang sign banyak2 dulu tu ada No Pinjaman .Kalau hilang korang boleh rujuk Pejabat Ptptn seluruh Malaysia. 

Bila dah dapat Login ...apa korang harus buat ? Isi maklumat berikut .
No akaun,No talifon dan Email korang .WAJIB ISI ! 😄


Bila korang dah isi akan nampak segala tunggakan korang ...Nah kantoi tu balance tunggakan sis 😂😂😂 Insyallah bulan ni sis akan selesaikan hutang ni . Doakan sis berjaya lunaskan hutang ptptn 😉

Apa korang perlu buat ? 

1.Rujuk ptptn 
2.Buat rundingan
3. Tukar Ujrah
4. Bayar separuh dari jumlah tunggakan 
5.Penjadualan Semula 
6.Bayar mengikut jadual (setiap bulan)
7.BEBAS HUTANG .
8.Boleh keluar negara bila bila masa 😀

Untuk yang hendak keluar negara apa korang perlu buat ?

1.Cek dekat portal ptptn wwq.ptptn.gov.my
2.Click semakan ke luar negara. 
3. Masukkan no kad pengenalan ,email dan no talifon .
4.Semak ...

Jika .....terkeluar anda disenarai hitam. Mohon rujuk segera pejabat ptptn at least 7hari sebelum berlepas 😊




Jika .....tiada halangan insyallah korang selamat berlepas dengan jayanya ✈


Sekian ...terima kasih .kalau korang ada benda nak tanya boleh komen kat bawah ...Kalau nak no pegawai ptptn yg sis runding pon boleh komen dekat bawah. Doakan sis cepat settlekan hutang sis ..💪💪



0 comments:

Post a Comment