Jumpa lagi kat 3rd part. Part 3 : Kali ni sis nak kongsi sikit panduan tentang prosedur nikah yang sis dan tunang sis dah lalui untuk permohonan bernikah kami.
Sis sorang sahaja orang Perak, jadi nak tak nak bakal suami sis kena isi manual, macam sis kena la isi borang permohonan Kebenaran Berkahwin Online di laman SPPIM ni, Borang Kebenaran Berkahwin
Bila dah siap isi, last sekali akan keluar macam ni.
Status permohonan akan ditulis "dalam proses". Dalam gambar ni statusnya "lulus" ni sebab tunang sis dah hantar borang dan dokumen dia ke pejabat agama.
Sama jugak dengan sis, kat dalam gambar ni ditulis "lulus" sebab sis dah hantar dokumen ke pejabat agama. Tapi kalau permohonan lelaki belum diluluskan, dia akan tulis "menunggu kelulusan lelaki".
Lepas tu, check email. Kita akan dapat email dari SPPIM bila dah daftar online. Kat situ la kita akan dapat nombor rujukan permohonan untuk kita gunakan bagi menyemak status permohonan atau kemaskini maklumat.
Kalau tak dapat email, boleh hubungi SPPIM di talian 03-88864896.
Ok, ini perkara paling penting sis nak bagitahu.
Tempoh masa yang diberikan untuk selesaikan urusan permohonan nikah ni adalah dalam masa 14 hari. Jadi sebaik-baiknya, sebelum isi borang ni, kita dah siap ambil kursus pra-perkahwinan. InshaaAllah boleh selesai urusan ujian HIV, pengesahan status dari imam dan cari kadi dalam masa dua minggu.
Oh ya, kita hanya boleh isi borang ni bermula dari 30 hari sebelum tarikh cadangan bernikah atau paling lewat, sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh cadangan bernikah.
Lepas isi borang online, download dan cetak borang berserta checklist sekali. Sediakan dan semak segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist.
Dokumen yang saya sertakan dengan borang permohonan saya:
1. Salinan ic saya
2. Salinan ic pasangan
3. Salinan ic ayah
4. Salinan sijil kelahiran ayah
5. Salinan surat nikah ayah
6. Salinan surat nikah mama
7. Salinan sijil kursus pra-perkahwinan
8. Borang permohonan lelaki yang dah diluluskan
Hantar ke pejabat agama atau berjumpa dengak tok kadi untuk mendapat pengesahan dengan membawa bersama sijil kursus pra-perkahwinan yang asal , sijil tu akan dicop di situ. Kita perlu bayar RM20 bagi negeri Perak untuk pengurusan seterusnya.
Dan ingat...
Perempuan tak boleh hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat agama lagi selagi permohonan lelaki belum diluluskan. Kena tunggu pihak lelaki selesaikan semuanya dulu.
Alhamdulillah, kami ambil masa yang singkat jugak untuk selesaikan semua urusan walaupun tunang sis dah sibuk dengan kerja. Dalam masa seminggu boleh selesai, lega sangat rasanya.
Ni saya kongsikan perjalanan yang kami tempuhi bersama untuk permohonan ni.
Perjalanan tunang saya:
i. Isi borang Benar Nikah Online .
ii. Ujian HIV.
iii. Kursus pra-perkahwinan
iv. Isi borang Benar Nikah Online .
v. Hantar borang permohonan ke pejabat agama.
vi. Ambil borang permohonan yang diluluskan oleh pejabat agama dan dihantar kepada saya.
Perjalanan saya:
i. Kursus pra-perkahwinan- Tahun Mac 2017
ii. Ujian HIV - September 2017
iii. Borang permohonan dari bakal suami yang dah diluluskan tiba di rumah.
iii. Jumpa imam besar untuk pengesahan status diri dan pengesahan dokumen. Imam tu jugak yang jadi kadi kami nanti. Senang macam tu. Satu kali kerja je dah selesai bahagian imam dan kadi. Masa tu jugak tempah ruang nikah dan masa.diingatkan kena bawa waris semasa berjumpa tok kadi kerana akan ada sesi interview anak dan bapa untuk pengesahan ayah kandung :)
iv. Hantar borang permohonan saya, borang kelulusan bakal suami dan dokumen yang diminta-
v. Permohonan saya diluluskan .Untuk di Perak dikena cas sebanyak RM20.00
Sekian ..harap dapat membantu bakal pegantin diluar sana .